Leganya hatiku

July 23rd, 2008

Alhamdulillah. Keputusan degree aku keluar juga akhirnya. Walaupun tak sehebat mana tapi ok la, as expected. Thank you Allah. Fuh lega.

Gambar kat kelantan

July 22nd, 2008

Aku kecewa dengan sistem pengangkutan awam di negaraku

July 22nd, 2008

Bukan WMF sorang sahaja yang tak puas hati dengan sistem pengangkutan di Malaysia, aku pun sama. Malah aku yakin semua pengguna lain turut berasa tidak puas hati. Kalau diikutkan hati, tak nak naik langsung sebab selalu sesak macam tin sardin, tapi disebabkan terpaksa, di gagahkan jua. Kesesakan ini pasti menimbulkan banyak masalah seperti tidak selesa, pengguna terpaksa menghirup udara yang berbau tidak enak, memberi lebih peluang untuk menyeluk saku dan gangguan seksual. 

Ni kat Jepun, Harap satu hari nanti tak jadi la kat Malaysia

Ni lagi lawak, sungguh mengejutkan!

Tak kira bas, LRT mahupun keretapi semuanya sesak. Ini jelas menunjukkan kapasiti pengangkutan awam sedia ada tidak dapat menampung bilangan pengguna yang semakin bertambah, lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga minyak ini. Tidak cukup dengan itu, LRT dan bas selalu tak cukup. Kadang-kadang pengguna terpaksa menunggu trip yang seterusnya untuk naik. Kalau kat Putra LRT tu ada dua gerabak sahaja yang disediakan bagi satu trip. Sedangkan platform mampu menampung 4 buah gerabak.  Kenapa begitu? Tak cukup duit ke? Mustahil! KTM Komuter pula lembab. Connectivity pula teruk, kadang-kadang tak ada bas penghubung dari satu tempat ke tempat lain, maka susah nak bergerak. Kalau hal ini berterusan, aku yakin orang akan meninggalkan pengangkutan awam dan kembali menggunakan kenderaan sendiri.
Setahu aku kerja-kerja merancang dan mengurus pengangkutan awam ini kerja pembuat dasar dan pemimpin negara. Aku sungguh tak faham macam mana perancang bandar buat kerja sampai masalah macam ni boleh timbul. Apakah mereka tidak menyangka bilangan orang yang menggunakan pengangkutan akan bertambah dari tahun ke tahun? Dr. M dulu kata nak jadikan negara kita negara maju pada tahun 2020, tak kan unsur yang penting yang bagi sesebuah negara maju yang simple macam ini pun tak boleh nak rancang.  Ramai orang komplen bahawa jalan raya di negara kita ini di reka untuk accomodate kereta sahaja, tak pernah ambil kira penggunaan bas. Bila hadapi masalah kesesakan berlaku, jalan dilebarkan tapi bas tak ditambah. Bila jalan sedap dipakai, orang akan bertambahlah ramai pakai kereta,  akhirnya jadi kesesakan teruk, tak selesai juga masalah. 
Terkenang aku akan betapa bagusnya sistem pengangkutan ketika di UK dan Sweden dulu. Dari segi harga tiket memang agak mahal sikit tapi sesuailah dengan pendapatan mereka yang agak tinggi. Bagi yang kurang mampu pula, diskaun diberikan. Contohnya diskaun diberikan kepada kanak-kanak, pelajar, orang yang dapat social benefit (i.e. miskin) dan warga emas. Kad Oyster (Macam touch n go di Malaysia) di perkenalkan di London pula sangat praktikal. Ia boleh digunakan di mana-mana tak kira tube, bas, train mahupun bot asalkan dalam London. Dari segi kebersihan, memang kat London banyak sampah la, tapi mereka sentiasa ada cleaner yang akan mememastikan kebersihan berada di tahap yang sepatutnya. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, aku simpulkan kalau nak galakkan orang naik pengangkutan awam kerajaan kena:
  1. Pastikan semua kemudahan pengankutan awam dapat di capai dengan mudah bagi penduduk di semua kawasan terutama di kawasan yang berkepadatan tinggi.
  2. Strategi harga yang menarik.
  3. Sistem tiket yang seragam, dimana orang ramai boleh menggunakan satu tiket untuk menaiki semua pengangkutan awam tak kira jenis.
  4. Perkenalkan sistem tiket mengikut zon.
  5. Pastikan semua pengakutan ini menepati masa terutamanya rail services.
  6. Kekerapan yang tinggi agak orang ramai tak perlu menuggu lama.
Mungkin ada beberapa perkara lain yang aku tak ingat nak masukkan. Kalau korang ade idea tambah la, jangan segan2. 
Tak rugi invest dalam pengangkutan awam ni. Ekonomi berkembang, rakyat gembira, pelancong juga suka. 
Ni baru made in Malaysia!

Debat Minyak

July 15th, 2008

Tadi tengok debat Anwar dengan Menteri Penerangan. Boleh tahan la. Tak banyak sangat isi yang dibentangkan. Lebih kepada retorik. Menteri dan Anwar juga kadang-kakdang kelihatan tidak menjawab soalan. Strategi menyerang peribadi juga ada diginakan oleh menteri. Bagi yang biasa dengan debat pasti tahu, teknik ini sebenarnya bukan satu cara yang sihat. Tapi ada beberapa perkara penting yang diutarakan oleh Anwar perlu difikirkan bersama.  Mari sama-sama kita teruskan berbincang dan berfikir demi kesejahteraan bersama.

nak buat macam mana?

July 3rd, 2008

Sudah lama aku tak dengar expression ‘nak buat macam mana’ di gunakan secara meluas. Sejak melayan radio ni, aku perasan orang suka menggunakan ayat ni tertamanya bila berbincang tentang harga minyak naik. “Dah nak jadi, nak buat macam mana?” kata salah seorang pemanggil.

Disebabkan selalu sangat dengar, tiba-tiba aku terfikir bahawa bentuk expression ini agak unik dan agak ketara dalam masyarakat di Malaysia. Jika dibandingkan ketika di UK dulu, agak jarang mendengar expression begini. Mungkin ada, tetapi aku sahaja yang tidak perasan.
Bagi aku expression ini memberi erti atau sebagai lambang kepada kebuntuan apabila menghadapi sesuatu keadaan atau masalah. Dari satu segi, agak bagus jugak sebab ini menunjukkan sifat redha ketika menghadapi malapetaka yang ada dalam diri masyarakat kita. Cuma kalau berlebihan, tak kena tempat, tak betul juga. Sebab kadang-kadang kita gunakan expression ini sebagai alasan untuk defend diri sendiri apabila gagal menyelesaikan sesuatu masalah. Aku pun selalu buat macam tu sebenarnya. Sepatunya kalau menghadapi kebuntuan dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya kita perlu mencuba mencari kaedah lain kerana mungkin kaedah yang biasa kita gunakan tidak sesuai lagi.

Berbasikal ke tempat kerja di bandar-bandar di Malaysia

June 25th, 2008
Apabila timbulnya isu kenaikan harga minyak, pelbagai reaksi yang kita terima. Rata-rata para pengguna mengeluh kerana kos sara hidup semakin meningkat hingga menjadikan kehidupan sehari-hari semakin sempit. Ini dapat dilihat dengan berlakunya penurunan jumlah kenderaan di jalan raya. Ada pihak yang mengambil langkah bijak dengan berkongsi kenderaan ke tempat kerja.

Di dalam menangani masalah sedunia ini, pelabagai cara yang digunakan. Ada yang menuntut kerajaan terus mengekalkan subsidi atau memberi bantuan yang sewajarnya terutama kepada golongan miskin. Masalah dengan subsidi adalah, ia menelan belanja yang sangat tinggi. Menurut majalah Economist, Malaysia merupakan negara yang paling banyak sekali beri subsidi di dunia iaitu lebih kurang 7% daripada GDP Negara. Oleh yang demikian, dari sudut ekonomi, amat sukar sekali untuk negara mengelakkan daripada menarik balik subsidi. Namun perkara ini harus ditangani dengan sebaik mungkin demi memastikan kesejahteraan orang ramai. Pengumuman kenaikan harga (penarikan subsidi) yang mengejut tanpa amaran awal bukanlah satu langkah yang bijak.

Dalam pembacaan saya, ada juga pihak samada kerajaan atau pembangkang mengusulkan supaya orang ramai menggunakan basikal. Ini merupakan satu seruan yang baik kerana ia merupakan satu cara yang mampu kita lakukan malah memberi nilai tambah kepada penunggang basikal dari segi kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Contoh yang jelas boleh di lihat di banyak negara maju di Eropah dan juga di negara China. Ketika di London, saya pernah bertemu dengan beberapa orang yang sanggup berbasikal dari rumah ke tempat kerja selama sejam. Perjalanan yang jauh dan lama langsung tidak menghalang mereka berbuat demikian. Antara kebaikan menaiki basikal lagi adalah, ia merupakan satu jenis pengakutan yang agak cepat dan boleh digunakan di tempat-tempat yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan berenjin seperti di lorong pejalan kaki.

Walaupun saya seorang yang suka berbasikal di London, saya tidak fikir saya akan berbasikal di Malaysia. Saya fikir orang lain juga malas untuk berbasikal ke tempat kerja atau tempat belajar di Malaysia. Ini disebabkan faktor iklim Malaysia yang panas dan lembap. Namun demikian, di tempat-tempat lain, orang tetap berbasikal walaupun pada musim panas yang terik. Maka ia bukanlah satu alasan yang kukuh untuk menghalang seseorang daripada berbasikal.

Saya rasa masalah yang lebih merisaukan para pengguna basikal adalah keselamatan mereka sendiri. Sikap pemandu kereta, lori dan pembonceng motosikal yang tidak menghormati pengguna jalan raya lain dengan memandu secara merbahaya amat menakutkan pengguna basikal. Kebarangkalian dilanggar amat tinggi. Saya percaya ada ramai ibubapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal apatah lagi berbasikal di jalan raya kerana mereka tidak percaya anak mereka akan selamat.

Selain itu kemudahan untuk berbasikal seperti lorong basikal dan tempat letak basikal yang selamat tidak banyak atau tidak ada di Malaysia. Ini sudah pasti menyukarkan para pengguna. Tahap jenayah curi yang tinggi juga tidak akan membantu menggalakkan orang berbasikal. Maklumlah basikal biasanya diperbuat daripada besi, apabila banyak basikal ini terhidang di depan mata mat pit, mereka pasti suka. Dengan menggunakan kemahiran mengopak kunci, sudah pasti hasilnya sangat lumayan. Untuk berbasikal di bandar dengan lancar dan cekap, basikal yang berkualiti tinggi diperlukan. Basikal ini sangat mahal harganya. Olen yang demikian, bentuk galakan dari segi diskaun dan bantuan pinjaman kewangan kepada para pekerja yang menggunakan basikal ke tempat kerja amat diperlukan.

Sekiranya kerajaan berhasrat menjadikan berbasikal di dalam bandar sebagai satu budaya, masalah-masalah yang disebutkan di atas perlu diatasi. Antara bandar yang mesra basikal yang pernah saya lawati adalah London dan Stockholm.

Usaha berapa orang Wakil Rakyat berbasikal ke parlimen merupakan satu usaha yang terpuji. Di harapkan lebih ramai orang menyertai mereka dan di harapkan kerajaan bersungguh-sungguh di dalam usahanya menggalakkan orang ramai berbasikal di bandar.

Kebebasan Media Negara Kita

June 25th, 2008

Kenapa penting ada media yang bebas? Aku rasa antaranya adalah demi memastikan semua pihak mendapat hak meyuarakan pendapat masing-masing. Dengan adanya pandangan yang pelbagai, orang ramai akan berfikir dan dan menimbulkan perbincangan yang sihat. Seterusnya membenarkan orang ramai membuat pandangan yang adil dan well informed decision.

Sejak pilihanraya baru-baru ini, kerajaan mewar-warkan bahawa mereka memberikan kebebasan kepada media dengan adanya blog-blog yang mana orang boleh memberi ulasan dan mengkritik kerajaan, pembangkan di jemput menyertai majlis wawancara dalam TV dan juga siaran perbahasan Parlimen.

Namun, sejauh manakah kesungguhan mereka melaksanakan kata-kata mereka ini? Kenapa mesti hadkan jumlah wartawan yang boleh membuat liputan di dewan parlimen? Manakala siaran perbahasan parlimen pula macam nak tak nak jer, sekejap sangat. Aku lebih suka kalau buat liputan siaran langsung sepenuh masa tanpa edit/cut macam kat UK. Kate suka membandingkan dengan negara luar, minyak termurah di asia tenggara, kos sara hidup lebih rendah dari Singapura dsb. Kenapa dalam hal ni tak nak banding pula.

Satu lagi benda pelik yang aku perasan kat TV Malaysia adalah, bila ada satu-satu isu, contohnya minyak, kenapa mesti rujuk Menteri sahaja, mana pakar-pakar ekonomi dan pihak2 yang berkelayakan yang lain. Kalau ada pun macam tak banyak je.

Tontoni rakaman sidang parlimen di youtube.

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 1

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 2

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 3

Dewan Rakyat 24/06/2008 Part 4

Mugabe Zimbabwe

June 25th, 2008

Mugabe, Mugabe, Mugabe. Dialah presiden Zimbabwe yang sering di sebut-sebut dalam media terutamanya media barat. Aku mula kenal Mugabe ketika berada di London dulu, aku kenal Mugabe sebai segai seorang diktator dan banyak melakukan kekejaman terhadap penduduk Zimbabwe terutama peladang barat. Dialah yang merampas kembali tanah yang dimiliki oleh orang barat. Mungkin sebab itu orang barat tak puas hati sangat dengan dia.

Apapun, pagi tadi sempat menonton rancangan Sudut Pandang di Astro Awani. Analisa dan komen yang diutarakan oleh pengacara TV dan seorang profesor yang dijemput tentang krisis politik di negara Zimbabwe itu sangat menarik. Antaranya adalah tentang politik perut, pendekatan Mugabe dan kebangkitan kesedaran tentang kepentingan mempunyai kerajaan yang adil dan telus.

Mugabe mendapat tempat di kalangan rakyatnya apabila dia meniupkan semangat nasionalisma yang kuat di kalangan rakyatnya dengan mengusulkan supaya tanah-tanah diambil semula dari penjajah barat. Namun kini, dia tidak lagi popular dikalangan penduduk Zimbabwe kerana kekerasannya. Dalam proses pilihanraya presiden kedua yang bakal menjelang julai nanti, dia cuba menyekat kebebasan demokrasi dengan menggunakan segala prasarana dan jentera yang ada. Malah orang ramai yang dilihat sebagai tidak menyokong Mugabe sering menerima gangguan dan ancaman. Teringat laporan di BBC di mana Mobs (remaja) berjalan dari rumah ke rumah memaksa orang menyokong dan meyanyikan slogan mereka. Siapa yang enggan akan dipukul dan dihalau dari rumah masing-masing. Aku rasa mereka ni pasti di upah untuk buat kerja-kerja demikian bagi menakut-nakutkan orang. Selain itu, dia menggunkakan pendekatan ‘nasionalisme sempit’ di mana dia mengatakan hanya dia boleh yang boleh mejamin kedaulatan negara manakala lawannya adalah agen barat. Menurut professor dalam TV itu, Mugabe tidak mengikut perkembangan semasa, dia kerana dia masih lagi menggunakan pendekatan neo-kolonial yang mana sesuai untuk generasi tahun 80 dan 90-an. Hal ini kerana dia ingat dia kuat dan mampu menafikan tentangan orang dengan menggunakan kaedah sama (same old method and rethoric). Dalam tahun 2000 generasi baru telah lahir, terutamanya di kawasan luar bandar. Mereka ini bangkit ekoran kesedaran tentang pentingnya mempunyai kerajaan yang adil.

Kumpulan yang kuat menyokong Mugabe adalah Persatuan bekas tentera. mereka inilah yang mendapat banyak imbuhan dari Mugabe. Maka sebagai menunukkan rasa terima kasih dan menjaga kepentingan perut sudah pasti mereka meletakkan kepercayaan kepada dia. Bagi generasi baru, politik perut tidak lagi menjadi faktor utama.

Menarik juga politik dunia ni sebenarnya. Boleh tengok pola yang berulang-ulang di merata-rata bahagian dunia. Macam-macam pengajaran yang boleh diambil.

Home at last

June 24th, 2008

It is good to be home since almost two years I did not go back to Puchong. Alhamdulillah I had safely landed on KLIA last sunday 9.30 a.m. The journey back home was quite smooth and enjoyable because I was not alone in the flight. Im, Hanif and Shafie took the same flight. I also made friend with the guy seating next to me in the flight from Bahrain to KL.

Thanks to my friend, Wan Aimran who sent me to the train station early in the morning.

Currently, I’m still adjusting myself. Feeling a bit culture shocked. A lot of cathing up need to be done. Inshallah it will be ok in a few coming days.

There are some photos I want to upload. I will put it up soon.

Bersiap-siap

June 18th, 2008

Sekarang ni tengah sibuk bersiap-siap untuk pulang.