Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Semakin lama aku kembali ke tanah air, semakin banyak aku jumpa bukti benarnya kata-kata pepatah yag dipelajari ketika sekolah rendah dulu. ye la, di sinilah tanah tumpahnya darahku. Adik-beradik dan ahli keluarga semuanya di sini. Kalau makanan, sini lagi sedap. Mudah cari yang halal dan berkualiti. Banyak jeis pula tu. Kat sana makan chiken and chips je la memanjang. Tak sihat betul. Surau dan masjid banyak, mudah solat. Tadi semasa duduk-duduk menunggu adikku membeli air kelapa, baru perasan kat sini ujian mata kurang sikit la, alhamdulillah, muslimat yang menutup aurat lebih ramai. Tenang sikit rasanya. Mungkin tu la berkatnya duduk kat negara yang Islamnya bagus, mungkin orang lain akan kata tak betul sangat. Alhamdulillah, syukur duduk kat Malaysia.

Leave a Reply