Aku rindukan surau yang penuh

Sewaktu makan sambil mendengar pakcik-pakcik bersembang dekat surau sementara dekat umah ni, tiba-tiba aku terasa semacam kehilangan sesuatu. Apa dia? Oh, kemeriahan suasana di masjid selepas majlis baca Yasin kat surau. Itu dia. Tadi hanya beberapa kerat saja yang hadir, kanak-kanak ada dua orang saja. Belia pula tak ada. Sunyi sungguh aku. Tak ade teman. Kalau macam ni tiap-tiap minggu, lagi best MSD London.

Teringat aku ketika kecil-kecil dulu, pasti ramai akan datang ke surau. Tak kira mak bapak, mahu pun anak-anak. Biasanya anak-anak datang dengan basikal dengan geng-geng masing-masing. Sementara orang sembahyang ade la beberapa orang kanak-kanak duduk berlari-lari buat bising kat belakang. Lepas solat saja kanak-kanak yang solat akan terus meluru ke luar untuk bermain-main bersama-sama sambil ketawa riang. Ada pula sorang dua pakcik dan abang menyusun talam dan cawan bersiap-seiap untuk menghidang makanan dan minuman selepas majlis baca Yasin nanti. Setelah selesai, budak-budak yang keletihan tak larat mengikut bacaan Yasin yang sangat panjang pula tak sabar-sabar nak makan. Bila time makan, semua makan dengan lahapnya. Pak cik- pakcik pula suruh kitorang tambah makan banyak-banyak, nak membesar katanya. Bila habis, kami akan di panggil tolong basuh talam dan buang sampah.

Alangkah gembiranya masa itu. Kini sudah tiada lagi. Ke mana hilangnya suasana yang indah dan menggembirakan itu? Adakah kerana aku tinggal di bandar. Suasana yang aku ceritakan tadi adalah pengalaman aku sewaktu aku tinggal di Seberang Perai. Kini sebuah bandar baru di Selangor. Apakah ia faktor tempat atau masa? Tapi kalau tempat, tak juga, sebab kat belakang tu ade kampung Meranti, masjid dia pun kosong juga. Jika masa, apakah yang berlaku teradap masyarakat kita? Sudah tak minat dengan majlis di surau kah? Tak der lagi ukhwah? Sibuk dengan kerja? Atau dunia lebih penting? Mana hilang orang semua?

Entahlah… Pening pak imam tadi memikirkan macam mana nak menarik minat orang ramai ke surau. Kalau aku jadi dia pun tak tahu macam mana nak buat. Kalau zaman student dulu senang la, kasi jer makanan free, semua datang serbu macam semut jumpa gula. Masyarakatku, hampirkanlah dirimu dengan masjid. Moga-moga kita beroleh keberkatan.

2 Responses to “Aku rindukan surau yang penuh”

  1. mm Says:

    masa berubah,,,
    samada kita semakin dekat pada Nya atau semakin jauh dari Nya,,,
    pikir2kan lah..

  2. tunazlan Says:

    bukan faktor tempat la abn, masa aku kecik2 dulu pon sama je keadaannye cam ko cakap, budak2 ramai pegi masjid, walaupon banyak main daripada solat, tapi biase ah budak2 kan..

    skang nih nak nampak budak2 pon dah payah, maybe sebab dak2 slalu kene marah bile buat bising.

    maybe kene ubah approach kot? tapi camne?

Leave a Reply