Analisis AWANI: Pengangkutan awam Malaysia

Sungguh teruja aku ketika menonton rancangan Analisis AWANI episod kali ni kerana topiknya adalah pengangkutan awam di Malaysia. Banyak input yang aku dapat. Seronok sekali kenara dapat menambaj kefahaman tentang situasi sistem pengagkutan di Malaysia. Ingin aku kongsikan bersama buat siapa yang tidak berpeluang mengikutinya.

Antara punca masalah sistem pengangkutan di Malaysia adalah:

  1. Tiada polisi yang jelas tentang sistem pengangkutan. Polisi masih lagi berterabur. Kate salah seorang tetamu program itu mengatakan sekarang ni tak ada lagi master plan. Masih lagi dalam perbincangan, mungkin akhir tahun ni baru siap.
  2. Tiada badan berkuasa yang khusus (contohnya di London ada Transport of London) yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelaraskan hal-hal pengangkutan. Sekarang nak mintak lesen orang lain, urus tanah orang lain dan macam-macam lagi orang lain buat. Antara yang terlibat (PBT, LPKP, JPJ). Susah.
  3. No will. Political will dan comsumers will.
  4. Masalah mentaliti. Anggap pengangkutan awam ini hanya untuk orang miskin. Orang yang pakai blazer tak de class naik bas. Pengangkutan awam tak bawak keuntungan kepada negara. Tapi sebenarnya sangat penting, Hong Kong rugi berjuta juta dolar kerana masalah pengangkutan. Mobiliti sangat penting dalam menjana ekonomi terutama bagi bandar besar dan padat.
  5. Maklumat tidak cukup. Peta tak cukup. Orang tak tahu bila bas sampai. Kalau di bandar maju, ada paparan yang menunjukkan masa berapa minit lagi bas akan sampai, mudah untuk orang mengagak.
  6. Tahap integrasi antara pelbagai jenis pengankutan sangat lemah.
  7. Prasarana tetap tidak ada. Laluan khas untuk bas, bus stop, bus interchange dsb tidak disediakan. Laluan khas penting bagi memastikan kelancaran bas, selalu on time, tak terkesan dek kesesakan lalu lintas.

Persoalan yang masih belum terjawab,

  1. Di Malaysia, kemudahan pengangkutan hanya akan disediakan setelah ada orang berapa cepat kemudahan pengangkutan awam dapat catch up dengan growth bandar-bandar baru di sekitar lembah kelang.
  2. Kenapa tak ambil kira suara pengguna, NGO, ahli akdemik dan pakar-pakar dalam merangkan polisi? Bila nak buat?
  3. Bila semua orang akan pakai, berapa ramai yang dijangkakan akan pakai? Ribu? Juta? Seingat aku kat London, sehari mau sejuta dua atau lebih orang pakai. Sebab tu bila driver tube mogok, hampir lumpuh bandarnya.
  4. Bila agaknya malaysia akan ada fully integrated system?
  5. Negeri lain ambil pengajaran dari masalah yang sudah di hadapi KL ke tak?
  6. Bagaimakah caranya untuk mengajak eksekutif untuk menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja dan bergerak ke tempat appointment dengan menggunakan pengangkutan awam?

Itu sahaja buat masa ini. Sekian.

2 Responses to “Analisis AWANI: Pengangkutan awam Malaysia”

  1. matlut Says:

    Menarik topik pengangkutan awam ni. Kat sini aku ada kenal seorang bro pHD dia major dalam Transportation & Logistics. Dia kata kat Putrajaya tu sebenarnya dah siap ada 'underground facility' tapi terbengkalai macam tu saja. Sekarang ni kena tanggung kos pengurusan sebab dok kena curi, rosak dan sebagainya. Dia pun kadang-kadang merungut, segala idea dari pihak akademik ni, bila dibawa sampai tahap kementerian, sangkut. Political will belum cukup mantap…

  2. Imran Says:

    Pengangkutan awam sekarang pon dah sesak. Macam Kelana Jaya Line dan Monorail tu masih lagi 2 gerabak mana cukup!

    Satu lagi masalah besar pengangkutan awam ni nak jalan dari rumah ke perhentian / stesen tu pon dah satu hal. Panas.

    Mungkin kita semua kena pergi dulu ke Singapura, dekat sahaja, tengok macamana SMRT berfungsi.

Leave a Reply