google search
Tuesday, July 29th, 2008terasa pelik kenapa ada orang nak cari siapa housemate aku. Hmm….
| 26 Jul | 01:09:18 PM | www.google.com.my | abn azlan housemate |
terasa pelik kenapa ada orang nak cari siapa housemate aku. Hmm….
| 26 Jul | 01:09:18 PM | www.google.com.my | abn azlan housemate |
Sewaktu makan sambil mendengar pakcik-pakcik bersembang dekat surau sementara dekat umah ni, tiba-tiba aku terasa semacam kehilangan sesuatu. Apa dia? Oh, kemeriahan suasana di masjid selepas majlis baca Yasin kat surau. Itu dia. Tadi hanya beberapa kerat saja yang hadir, kanak-kanak ada dua orang saja. Belia pula tak ada. Sunyi sungguh aku. Tak ade teman. Kalau macam ni tiap-tiap minggu, lagi best MSD London.
Teringat aku ketika kecil-kecil dulu, pasti ramai akan datang ke surau. Tak kira mak bapak, mahu pun anak-anak. Biasanya anak-anak datang dengan basikal dengan geng-geng masing-masing. Sementara orang sembahyang ade la beberapa orang kanak-kanak duduk berlari-lari buat bising kat belakang. Lepas solat saja kanak-kanak yang solat akan terus meluru ke luar untuk bermain-main bersama-sama sambil ketawa riang. Ada pula sorang dua pakcik dan abang menyusun talam dan cawan bersiap-seiap untuk menghidang makanan dan minuman selepas majlis baca Yasin nanti. Setelah selesai, budak-budak yang keletihan tak larat mengikut bacaan Yasin yang sangat panjang pula tak sabar-sabar nak makan. Bila time makan, semua makan dengan lahapnya. Pak cik- pakcik pula suruh kitorang tambah makan banyak-banyak, nak membesar katanya. Bila habis, kami akan di panggil tolong basuh talam dan buang sampah.
Alangkah gembiranya masa itu. Kini sudah tiada lagi. Ke mana hilangnya suasana yang indah dan menggembirakan itu? Adakah kerana aku tinggal di bandar. Suasana yang aku ceritakan tadi adalah pengalaman aku sewaktu aku tinggal di Seberang Perai. Kini sebuah bandar baru di Selangor. Apakah ia faktor tempat atau masa? Tapi kalau tempat, tak juga, sebab kat belakang tu ade kampung Meranti, masjid dia pun kosong juga. Jika masa, apakah yang berlaku teradap masyarakat kita? Sudah tak minat dengan majlis di surau kah? Tak der lagi ukhwah? Sibuk dengan kerja? Atau dunia lebih penting? Mana hilang orang semua?
Entahlah… Pening pak imam tadi memikirkan macam mana nak menarik minat orang ramai ke surau. Kalau aku jadi dia pun tak tahu macam mana nak buat. Kalau zaman student dulu senang la, kasi jer makanan free, semua datang serbu macam semut jumpa gula. Masyarakatku, hampirkanlah dirimu dengan masjid. Moga-moga kita beroleh keberkatan.
Sungguh teruja aku ketika menonton rancangan Analisis AWANI episod kali ni kerana topiknya adalah pengangkutan awam di Malaysia. Banyak input yang aku dapat. Seronok sekali kenara dapat menambaj kefahaman tentang situasi sistem pengagkutan di Malaysia. Ingin aku kongsikan bersama buat siapa yang tidak berpeluang mengikutinya.
Antara punca masalah sistem pengangkutan di Malaysia adalah:
Persoalan yang masih belum terjawab,
Itu sahaja buat masa ini. Sekian.
Apabila melihat peta sempadan laut malaysia dalam buku sejarah Petronas, aku amat terkejut sekali apabila mengetahui rupa-rupanya Laut China Selatan itu bukan semua milik kita. Laut di tengah-tengahnya itu sebenarnya dimiliki oleh indonesia. Aku sangat-sangat terkejut kerana selama ini aku ingat ia milik kita, sebab masa PMR dulu dalam geografi tak pun diajar pasal sempadan laut nih. Bila tunjuk peta Malaysia, Laut China Selatan mesti ada sekali. Kecil sungguh perairan kita rupanya.
ini gambar yang aku jumpa
http://www.globalsecurity.org/military/world/war/images/schinasea.gif
http://www.marcon.com/library/country_briefs/SouthChina_Sea/Ownership_Claims-Middlebury.gif
Alhamdulillah. Keputusan degree aku keluar juga akhirnya. Walaupun tak sehebat mana tapi ok la, as expected. Thank you Allah. Fuh lega.
Bukan WMF sorang sahaja yang tak puas hati dengan sistem pengangkutan di Malaysia, aku pun sama. Malah aku yakin semua pengguna lain turut berasa tidak puas hati. Kalau diikutkan hati, tak nak naik langsung sebab selalu sesak macam tin sardin, tapi disebabkan terpaksa, di gagahkan jua. Kesesakan ini pasti menimbulkan banyak masalah seperti tidak selesa, pengguna terpaksa menghirup udara yang berbau tidak enak, memberi lebih peluang untuk menyeluk saku dan gangguan seksual.
Ni kat Jepun, Harap satu hari nanti tak jadi la kat Malaysia
Ni lagi lawak, sungguh mengejutkan!
Tadi tengok debat Anwar dengan Menteri Penerangan. Boleh tahan la. Tak banyak sangat isi yang dibentangkan. Lebih kepada retorik. Menteri dan Anwar juga kadang-kakdang kelihatan tidak menjawab soalan. Strategi menyerang peribadi juga ada diginakan oleh menteri. Bagi yang biasa dengan debat pasti tahu, teknik ini sebenarnya bukan satu cara yang sihat. Tapi ada beberapa perkara penting yang diutarakan oleh Anwar perlu difikirkan bersama. Mari sama-sama kita teruskan berbincang dan berfikir demi kesejahteraan bersama.
Sudah lama aku tak dengar expression ‘nak buat macam mana’ di gunakan secara meluas. Sejak melayan radio ni, aku perasan orang suka menggunakan ayat ni tertamanya bila berbincang tentang harga minyak naik. “Dah nak jadi, nak buat macam mana?” kata salah seorang pemanggil.