Mugabe, Mugabe, Mugabe. Dialah presiden Zimbabwe yang sering di sebut-sebut dalam media terutamanya media barat. Aku mula kenal Mugabe ketika berada di London dulu, aku kenal Mugabe sebai segai seorang diktator dan banyak melakukan kekejaman terhadap penduduk Zimbabwe terutama peladang barat. Dialah yang merampas kembali tanah yang dimiliki oleh orang barat. Mungkin sebab itu orang barat tak puas hati sangat dengan dia.
Apapun, pagi tadi sempat menonton rancangan Sudut Pandang di Astro Awani. Analisa dan komen yang diutarakan oleh pengacara TV dan seorang profesor yang dijemput tentang krisis politik di negara Zimbabwe itu sangat menarik. Antaranya adalah tentang politik perut, pendekatan Mugabe dan kebangkitan kesedaran tentang kepentingan mempunyai kerajaan yang adil dan telus.
Mugabe mendapat tempat di kalangan rakyatnya apabila dia meniupkan semangat nasionalisma yang kuat di kalangan rakyatnya dengan mengusulkan supaya tanah-tanah diambil semula dari penjajah barat. Namun kini, dia tidak lagi popular dikalangan penduduk Zimbabwe kerana kekerasannya. Dalam proses pilihanraya presiden kedua yang bakal menjelang julai nanti, dia cuba menyekat kebebasan demokrasi dengan menggunakan segala prasarana dan jentera yang ada. Malah orang ramai yang dilihat sebagai tidak menyokong Mugabe sering menerima gangguan dan ancaman. Teringat laporan di BBC di mana Mobs (remaja) berjalan dari rumah ke rumah memaksa orang menyokong dan meyanyikan slogan mereka. Siapa yang enggan akan dipukul dan dihalau dari rumah masing-masing. Aku rasa mereka ni pasti di upah untuk buat kerja-kerja demikian bagi menakut-nakutkan orang. Selain itu, dia menggunkakan pendekatan ‘nasionalisme sempit’ di mana dia mengatakan hanya dia boleh yang boleh mejamin kedaulatan negara manakala lawannya adalah agen barat. Menurut professor dalam TV itu, Mugabe tidak mengikut perkembangan semasa, dia kerana dia masih lagi menggunakan pendekatan neo-kolonial yang mana sesuai untuk generasi tahun 80 dan 90-an. Hal ini kerana dia ingat dia kuat dan mampu menafikan tentangan orang dengan menggunakan kaedah sama (same old method and rethoric). Dalam tahun 2000 generasi baru telah lahir, terutamanya di kawasan luar bandar. Mereka ini bangkit ekoran kesedaran tentang pentingnya mempunyai kerajaan yang adil.
Kumpulan yang kuat menyokong Mugabe adalah Persatuan bekas tentera. mereka inilah yang mendapat banyak imbuhan dari Mugabe. Maka sebagai menunukkan rasa terima kasih dan menjaga kepentingan perut sudah pasti mereka meletakkan kepercayaan kepada dia. Bagi generasi baru, politik perut tidak lagi menjadi faktor utama.
Menarik juga politik dunia ni sebenarnya. Boleh tengok pola yang berulang-ulang di merata-rata bahagian dunia. Macam-macam pengajaran yang boleh diambil.