Aku sudah tua!!!
Monday, October 29th, 2007Beberapa bulan yang lalu, aku menulis tentang betapa aku tidak berubah walaupun usia tudah meningkat. Namun setelah melangkah ke tahun keempat, tahun terakhir ini aku dapat merasakan sebenarnya aku sudah tua. Rakan-rakan yang dahulunya aku aku kenal ketika mereka tahun pertama kini telah masuk tahun ketiga dan tahun kedua. Kini mereka pula berada di tempat yang aku pernah berada beberapa tahun dahulu. Oh, betapa cepatnya masa berlalu.
Mungkin aku tidak setua orang tua, tetapi sekurang-kurangnya lebih tua daripada adik-adik tahun pertama. Ketika bulan Ramadhan yang lalu, aku mula merasai betapa aku akan kehilangan bebererapa benda yang aku dapat nikmati ketika hidup sebagai pelajar pabila grad kelak. Tentunya perasaan dan perpektif aku apabila melalui events yang sama ketika aku kerja kelak berbeza dengan sekarang.
Apapun kehidupan mesti diteruskan, bukannya terus mengeluh dan bernostalgia. Aku percaya bahawa semua perkara yang berlaku dalam kehidupan ini ada hikmahnya.

