Duit duit
Thursday, August 30th, 2007
Duit duit…Di mana kau duit?!! 
Bila nak mula tulis pasal duit, teringat lagu tu. Bila duit sikit, terasa hidup sempit. Macam-macam benda yang ingin dibeli terpaksa dilupakan. Kadang-kadang timbul rasa jeles terhadap orang yang banyak duit.
Tapi bila kerja, ada peluang menambah kekayaan. Berangan-angan nak beli dan buat macam-macam dengan duit tu. Ingat semua milikku, tapi sebahagian kena bayar NI. Rasa sedikit frust, kuranglah jumlah dari apa yang patut aku dapat, hu hu.
A little digression, Well dlm Islam pun ader konsep zakat. Tak semua harta yang kita peroleh, dibolot 100%. 2.5 % daripada jumlah wang, harta dsb perlu diberikan kepada orang yang berhak sekiranya cukup tempoh dan jumlahnya. Rezeki itu milik Allah, Dia bagi pinjam ajer.
Macam mana kalau jadi orang kaya tapi hati penuh dengan rasa tamak dan kedekut? Nak tolong orang pun tak nak. Entah-entah bayar zakat pun tak nak. Nauzubillah. Patutlah Shafiq Aymand kata susah jadi orang senang. Boleh faham cerita dia, pasal orang yang bila dah senang sikit, diminta tolong orang berkata, “Biarlah, aku pun susah jugak”. Baru-baru ini skrip yang sama juga diungkapkan oleh orang lain, “Alah, hidup di London memang tough, tak payah lah susah-susah cari rumah untuk diorang”
Ok back to main discussion. Sheikh Anwar al-Awlaki pernah berkata, kesenangan berharta bukan bergantung kepada kuantiti. Tapi keberkatan. Ada orang mempunyai harata dan wang yang sedikit tapi senang hati, tak ada masalah dalam hidup. Untuk memperoleh harta yang diberkati, perkara-perkara haram dan syubahat hendaklah dijauhi. Hati pula perlu ikhlas. Marilah sama-sama doakan agar jadi orang yang diberkati hartanya.



