Ahad, 17 Jun
Kira-kira pukul 4.30 petang, aku tiba di rumahku. Setelah selesai mandi dan mendirikan solat, akupun berehat.
Dalam keletihan ketika aku berehat di atas katilku, room mate aku pun pulang.
“Amacam? Menang?” tanya Mat Lut tentang pertandingan memanah yang aku sertai semalam.
“Menang tak ada la… Letih ada laa… He he” jawabku.
BUSA Outdoor Archery Competition
Alhamdulillah kali ini aku sempat merasa memanah dalam BUSA Outdoor di Lilleshall National Sports Centre. Aku teringin nak join BUSA outdoors sejak tahun lepas lagi. Tapi aku tak dapat join tahun lepas sebab balik awal. Tahun ini, pertandingan ini diuruskan oleh kelab memanah Cambridge.
Disebabkan aku register lambat, tak ada accomodation untuk aku. Maka terpaksalah aku tidur dalam Khemah. Terima kasih kepada SMamat yang sudi meminjamkan khemahnya yang canggih itu. Khemah tu memang berguna giler. Tapi bagus jugak sebenarnya sebab duduk khemah lagi murah dan dekat dengan tempat memanah.
Jumaat
Aku pergi ke tempat memanah tersebut dengan menaiki train. Gi sorang-sorang ajer sebab orang lain nak pi pukul 1.30, waktu solat Jumaat. Aku bertolak dari Euston ke Birmingham kira-kira pukul 3.10 petang. Seperti yang dijangkakan, aku tiba di Birmingham New Street Station lebih kurang 4.40 petang.
Setibanya di situ, aku dapati hujan turun dengan lebatnya sehingga ada train yang terpaksa dibatalkan kerana banjir, keretapi tak dapat lalu. Aku pun risau juga takut-takut keretapi aku pun tak ader. Maka aku pun naik atas tanya orang kat tempat jual tiket. Dia kata tunggu kat platform 4b. Lega, nasib baik ada. Kira-kira pukul lima, aku pun meneruskan perjalanan dari Birmingham ke Telford Central.
Di Telford, hujan masih turun dengan lebatnya. Aku berehat sebentar di train station sambil menelefon team mate yang lain, tanya macam mana nak gi sana. Saja nak konfem, walau pun tahu kena ambil teksi.
Tambang teksi dari train station ke sports centre itu agak mahal, £15. Sama dengan harga tiket train London-Birm. Mungkin sebab jauh sangat kot, 30 minit baru sampai.
Sebenarnya tiada apa aktiviti khusus pada hari Jumaat. Pertandingan sebenar adalah pada hari Sabtu. Aku terpaksa datang awal sebab pertandingan mula pukul 9 pagi. Memang tak sempat kalau bertolak hari Sabtu.
Setelah memasang khemah di bawah pokok yang rendang di sebelah team wales, aku pun jalan2 tengok kawasan. Malangnya lupa ambik gambar. Hujan lagipun. Lebih kurang pukul 7, aku jumpa team mate aku, Ryan. Dia ajak aku gi Asda cari makanan dengan team IC. Aku pun ikut dia sebab nak ‘cucuk duit’.

Tiba-tiba diorang tukar plan, diorang nak dinner kat mapley dulu (Pub laa.. mana lagi kedai yang ada kat ceruk macam tu) Nasib baik pub tu jenis untuk family dan tempat makan luas. Kami duduk jauh dari kaunter, tu je pun tempat yang muat 12 orang. Aku makan vegetable lasagna jer. Masa tu la aku dapat kenal2 sikit dengan diorang ni. Tapi aku tak reti nak join diorang sembang sebab topik pelik-pelik jer. Lagipun diorang cakap 3 kali lebih laju dari aku, terasa inferior sikit.
Lepas makan, instead gi Asda, kami gi Tesco besar kat Stafford. Rupa-rupanya layout Tesco ni mama-mana sama saja, baik UK mahupun Malaysia. Aku beli kerusi tripod dan pisang sebagai bekalan tengah buat esok hari.
Kami kembali di sports centre lebih kurang pukul 11. Setelah solat, aku pun tido… Tak larat dah nak stay up. Seronok jugak tido dalam khemah ni, dah lama sebenarnya tak berkhemah. Paling akhir, masa tingkatan 4. Disebabkan hujan, suhu persekitaran sangat rendah. Kadang-kadang mengigigl jugak la masa tido tu.
Sabtu
Shooting bermula agak lewat, kira-kira pukul 9.15. Format kali ini adalah berdasarkan FITA round. Zaman sekolah dulu aku selalu shoot ikut format ni. Setiap orang dikehendaki memanah 3 dozen bagi setiap jarak-90m,70m,50m dan 30m. Yang paling mencabar adalah, kali ini kami dikehendaki mengahabiskan semuanya dalam sehari saja. Bayangkanlah betapa letihnya aku sebaik sahaja selesai. Sebenarnya aku dah tak larat tarik bow sejak dozen yang ke dua lagi.
Peserta BUSA outdoor rata-rata adalah orang putih, tidak keterlaluan dikatakan hanya lebih kurang 10 peratus bukan orang putih, yang mana most of them adalah foreingner, including me. Aku memanah di target no 53. Target mate aku adalah dari Notts, Wales (tak ingat which uni) dan Oxford. Tapi mamat dari Oxford tak datang.

Sepanjang shooting, cuaca langsung tidak menyebelahi kami. Hujan dan panas silih berganti. Kejap-kejap hujan, angin kuat dan hujan panas. Orang asik komplen dan macam biasa, menyalahkan cuaca bila tak perform. Salah seorang daripada peserta yang memanah di target aku, target 53 terpaksa menarik diri sebab menghadapi kesukaran setiap kali menarik anak panah ketika hujan.
Shooting tamat lebih kurang pukul 6. Amazingly, walaupun aku sudah sangat-sangat tak larat, aku berjaya shoot dengan baik pada round terakhir. Sebenarnya sebab aku seronok dah nak habis. Akhirnya aku hanya berjaya memungut 300 out of 1400. Teruk gila. Apapun aku seronok dapat merasa memanah di.
Kira-kira pukul 8, upacara penyampaian hadiah diadakan. Kemudian aku join BBQ team London. Aku tak makan, sebab diorang tak beli daging halal. So just lepak-lepak tengok gelagat diorang.
Ahad
Hari ini tidak hujan dan langit sangat cerah. Walaubagaimanapun, angin tetap sejuk. Aku gembira sebab tak payah melipat khemah dalam hujan.
Lizzie menghantar aku ke train station pada pukul 12. Dan akhirnya aku sampai di rumah pukul 4.30.
Penutup
Begitulah serba sedikit pengalaman aku. Tiada apa sangat yang menarik. Biasa-biasa saja. Benda baru yang dipelajari pun tak banyak sangat. Kenal-kenal dengan orang IC, yang selama ini aku ingat diorang memang tak layan orang, tapi sebenarnya diorang layan kalau kita layan diorang.