Tekanan
Monday, January 29th, 2007Semalam ada terbaca blog wan afifah tentang undercover mosque. Setelah aku menonton rancangan tersebut petang tadi aku terasa sangat terganggu. Nasib baik aku tengok video reply terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya tidaklah berserabut sangat fikiran ini.
Aku teringat kutbah yang disampaikan oleh saudara Asim Qureshi pada Jumat lepas. Beliau menceritakan keadaan di benua Asia. Pada pagi tersebut, beliau menerima email dari seorang Pakistan menyatakan bahawa bapanya yang keluar solat subuh telah didapati tidak pulang ke rumah dan hilang tanpa dapat dikesan. Katanya, peristiwa orang hilang ini adalah perkara yang sudah menjadi kebiasaan di sana. Bermacam-macam agensi rahsia yang menjalankan kegiatan ini. Mereka yang ditangkap dibawa ke kem tahanan atau tempat-tempat rahsia. Tahukah anda bahawa orang-orang yang dipenjara di Guantanamo Bay sebenarnya telah diculik dan dibawa ketempat-tempat rahsia ini terlebih dahulu sebelum mereka dibawa ke Guantanamo. Jika bilangan yang ditahan di Guantanamo beratu-ratus, bilangan yang hilang adalah lebih banyak malah beribu-ribu orang.
Apa yang mendorong beliau menyentuh perkara ini dalam kutbah beliau adalah orang yang hilang itu merupakan aktivis yang menjadi pelopor gerakan Human/Prisoners Right di sana. Dengan kehilangan beliau, maka sinar harapan untuk melihat para tahanan dilayan dengan baik semakin pudar.
Kenapa mereka ditangkap? Hanya kerana agenda war on terror. Apakah yang mereka lakukan? Mereka hanya mempertahankan hak mereka. Meminta kerajaan memberikan layanan yang sepatutnya atau mereka hanya orang biasa yang cintakan Islam. Mereka bukanlah militan sepertimana yang dituduh oleh pihak yang menangkap mereka. Begitulah ketidak adilan yang berlaku di sekeliling kita sahabat-sahabat sekalian.
Bayangkan sekiranya anda menjadi anak kepada mangsa penangkapan tersebut. Orang yang kita kasihi, yang menemani hidup kita sehari-hari, yang mencari rezeki menyara kehidupan kita
tiba-tiba hilang tanpa berita. Apakah perasaan anda? Apakah yang anda akan lakukan? Sudah tentu anda akan berasa sangat sedih, risau dan marah kepada orang yang menculik bapa anda.
Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya aku tidak dapat berikan dengan tepat. Allah sahaja yang tahu. Namun menurut saudara Asim, ini semua adalah ujian dari Allah. Kenapa dikatakan begitu? Bukankah kita telah maklum bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah. Manusia tidak dapat membuat apapun, memberi manafaat mahupun harm sekiranya allah tidak izinkan. Tidak kira siapapun yang menentang, menyerang dan sebagainya ia akan tetap berlaku. Dari dulu, sekarang dan selamanya. Kenapa? Kerana Allah akan sentiasa menguji hambanya dan allah tidak akan menguji lebih daripada kemampuan hambanya. Maka, kita sebagai hambanya yagn diuji hendaklah bersikap sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulluah ketika berada dalam kesempitan dan ujian.
Saudaraku, mari kita cermin diri ini. Bagaimakah sikap kita dalam menghadapi suasana yang menekan ini? Apakah kita tergolong dalam golongan pasif, reaktif atapun proaktif? Adakah kita tidak mempedulikan nasib saudara kita ini? Apakah sumbangan kita dalam meningkatkan kesedaran keluarga, rakan-rakan dan masyarakat umum?

Setelah bangun tidur petang tadi, aku terasa rugi kerana tidak pergi ke uni untuk menghadiri talk by Yvonne Ridley & George Galloway anjuran UCL Isoc. Aku telah mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan oleh Allah dan tidak melibatkan diri dalam usaha menyokong Isoc menganjurkan programnya. Mungkin esok aku akan pergi mendengar ceramah Moazam Begg.
Sahabat-sahabat, dalam kesibukan kita belajar mahupun bekerja, janganlah dilupakan nasib saudara kita yang dizalimi ini. Doakanlah ksejahteraan mereka. Marilah kita bersatu mempertahankan hak dan maruah umat Islam.



