Minggu lepas aku berpeluang menghadiri satu perjumpaan di antara perwakilan pelajar dari pelbagai universiti di Malaysia dengan UKEC. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa diorang kena datang UK, buat apa kat sini? Aku difahamkan bahawa tujuan mereka datang ke UK adalah untuk bertukar2 pengalaman. Tapi aku agak kurang percaya dengan keberkesanan datang UK ni, apa sangatlah yang boleh dibawa balik ke sana? Ramai je
lecturer2 dan kakitangan kerajaan yang datang ke sini, tanya diorang pun dah cukup. Aku piki kerajaan hanta diorang ni
just untuk habiskan budget tahun ni je. Sila buktikan kenyataan aku ini salah.
Anyway, perbincangan haritu agak lama dan hangat. Ia dimulakan dengan pembentangan oleh WMF. Seperti biasa WMF membentangkan agenda kesedaran membaca, soft skills dan topik2 yang biasa korang dengar dlm pembentangan dia kpd budak2 Malaysia di UK dan Ireland ni. Hadir bersama adalah beberapa pegawai MSD dan pegawai dari kementerian. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar London.
Perbincangan di’kawal’ oleh seorang moderator. Cara dia ‘mengawal’ betul2 ala-ala program Bicara Siswa. Bagi sapa yang biasa tengok Bicara Siswa, fahamlah apa yang aku maksudkan. Beliau tidak membenarkan peserta berbincang secara panjang lebar tetang isu yang diketengahkan. Apa yang beliau mahu dengar hanyalah cadangan, cadangan dan cadangan yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan. Bila orang cakap banyak sangat, dia pun kata, cukup, kita tak ada masa, kena bincang pasal lain pulak. tak ada masa. Cara begini tidaklah bagus sangat, kalau nak risau pasal masa, tak releven sebenarnya. Ye la, alang2 budak2 tu datang UK ni, bagi lah peluang discuss habis2. Kan kerajaan dah belanja banyak duit bwak diorang ke sini. Apa salahnya spend masa lebih. Dua orang lain yang hadir dalam program tu pun kata cara perbincangan yang dibuat seperti itu tak bagus.
Enough about the moderator. Melihat kepada keterampilan para perwakilan pula, dari segi penyampaian/ kebolehan bercakap pula, aku rasa bagus. Cuma apa yang menyedihkan adalah isi-isi/hujah-hujah yang digunakan dalam perbincangan tidaklah sehebat seperti yang di‘expect’ bagi seorang pemimpin perwakilan pelajar sebuah universiti kebangsaan. Kadang-kala hujah-hujah yang dipakai macam standard orang biasa sahaja. Apa yang terjadi kepada mereka ini? Semoga saudara-saudari dapat menerima pendapat saya dan memperbaiki prestasi kalian.
Antara isu yang dibincangakan dalam forum ini kebanyakan merupakan respon kepada pembentang WMF. Kesedaran membaca. Ada cadangakan bagi surat khabar free. Ada cadangkan tulis topik2 yang menarik dalam surat khabar agar dapat menarik minat pelajar2 untuk membaca. Balik2 suratkhabar, membaca terhad kepada suratkhabar sahajakah? Mesti sebab WMF cakap pasal suratkabar ni, dia mmg impressed dengan Felix. Pada pandangan aku, salah satu sebab orang kat sini suka membaca adalah sebab kualiti bahan bacaan itu sendiri. Harga berpatutan, mutu penulisan dan cetakan yang tinggi menarik perhatian semua. Sapa yang tak suka baca Harry Potter, Da vinci Code, Economist, Newscientist dan free london lite. (Oops, free london lite tu tak kualiti sgt cume free jer). Sebab itu industri buku cerita kat sini merupakan satu industri yang sangat menguntungkan. Kalau kita dapat hasilkan bahan2 yang bagus2 macam ni dan promote buku2 dengan baik, insyaallah perlahan-lahan budaya membaca jadi budaya kita. Promo termasuklah buat book review dalam program remaja di tv ker. Bukan promote aktiviti sukan dan hiburan shj.
Sukan. Pencapaian Malaysia dalam sukan peringkat antarabangsa tak sehebat negara-negara lain yang lebih miskin dari negara kita. Kenapa? Diorang bagi macam2 pendapat. Tapi bagi aku, the underlying problem is the management of sports itself. Banyak sangat politik dalam sukan, masing-masing nak nama dan jawatan. Selain dari tu, bak kata Tony, sports education kat Msia tak proper sangat.
Aku agak concern apabila mengikuti perbincangan mengenai kebebasan, Apakah sesuai Malaysia mempunyai Student Union yang bebas sepertimana yang kita ada di UK dan apakah AUKU membawa masalah kepada pelajar2. Semua wakil dari Msia mengatakan bahawa AUKU tak der masalah langsung. Hmm…. Betul ker. Inikah suara majoriti pelajar kat uni Malaysia. Tetapi, most Londoners yang hadir pada waktu itu tak bersetuju dengan pendapat mereka dan dengan lantang menyuarakan bahawa sebenarnya Malaysia patut memberikan lebih kebebasan kepada pelajar2 Malaysia. Sekiranya nak atasi masalah kurangnya penguasaan soft skills, Union perlu bergerak sebagai sebuah badan yang bebas. Perwakilan dari Malaysia pula kata UK students tak faham keadaan students di Malaysia, so tak patut bagi kitorang mendesak bahawa Malaysia students patut diberi kebebasan seperti di UK kerana Malaysia belum matang lagi. Kalau bebas sangat nanti peristiwa 13 Mei bakal berulang. Hmm… betulkah begitu?
Apapun tahniah kepada para peserta kerana telah berjaya menjayakan program kali ini. Kepada saudara Mohsin, tahniah kerana berjaya menunjukkan prestasi yang baik kali ini. Saoalan-soalan yang dikemukakan dan cara ia dikemukakan kena pada masa dan keadaan. Terima kasih juga kepada MSD kerana sediakan makanan.
Aku menulis ini bukan kerana suka mengutuk orang, tapi sebangai melahirkan rasa ‘concern’/prihatin aku terhadap mutu kepimpinan dan penganjuran program-program yang sebegini. Moga-moga kita dapat memperbaiki diri masing2 agar dapat mengorak langkah ke arah kemajuan.
p/s Rasanya tak adil bagi aku kalau aku kata semua yang hadir tak bagus, mungkin sekadar impression aku. Mungkin ada yang bagus2 tapi aku terlepas pandang.