Ahlan Ramadan
Sunday, September 17th, 2006Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum berangkat pulang ke London. Perasaanku sekarang ini bercampur-campur. Report yang perlu dihantar minggu depan belum disiapkan, cuak. Rumah belum ada, pasrah dan sedikit risau. Ramadhan bakal menjelang, seronok. Walaupun tidak sempat berpuasa di Malaysia, aku tidak berapa kisah. Kerana itu tidak dapat dielakkan, terima sahajalah.
Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan. Masa inilah kita dapat tengok semua masjid dan surau penuh sesak, tak kira waktu solat.Talk dan program qiam diadakan di merata-rata. Rezeki melimpah-ruah. Berbuka di masjid, moreh di Malaysia Hall, dan bersahur di rumah berlaukkan moreh malaysia hall yang lebih. Siang tak payah belanja apa, jimat duit makan. ALhamdulillah. Pahala berganda2 dikurnakan kepada hamba-Nya. Moga-moga sekolah ramadhan kali ini akan lebih bermakna.
Aku juga ingin mengucapkan Barakallahufikum kepada rakan-rakanku yang baru mendirikan rumah tangga. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.



