Mencari sesuap nasi
Wednesday, August 16th, 2006Setiap hari, semua manusia akan berusaha mengisi kekosongan perut ini. Tak kira si homeless, pak tani, doktor mahupun raja. Maka bertebaranlah manusia mencari rezeki Allah dimuka bumi ini. Ada yang membanting tulang, ada yang memerah keringat dan ada juga yang memerah otak. Masing-masing memainkan peranan masing demi mencari sesuap nasi (sebuku roti pun boleh…).
Dalam kesibukan mencari rezeki, ramai yang lupa tujuan utama kehidupan ini iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Hanya sedikit sahaja yang berusaha menjadikan usaha mencari rezeki itu sebagai satu bentuk pengabdian diri kepada penciptanya. Untuk memastikan kerja yang dilakukan dikira sebagai ibadah, beberapa syarat perlu dipatuhi. Contohnya, Ikhlas, Tidak meninggalkan perkara yang wajib, dilakukan secara optimum dan mengikut landasan syara’ (Halal dsb).
Seperti yang kita tahu, nak dapatkan rezeki yang halal perlu cara dan sumber yang betul. Cara yang betul adalah dibuat dengan penuh amanah. Tugas mencari rezeki yang halal ni bukan susah tetapi sangat mencabar. Peluang-peluang untuk pecah amanah, makan gaji buta, tipu dan kaut untung melampau2 sentiasa terbuka.
Bayangkan kalau korang bekerja makan gaji. Kebiasaannya pagi-pagi sahaja sibuk. Banyak kerja. Bila petang dah tak der pape. Nak gi mane pun boleh, bos tak amik tau sebab ofis dia jauh dan dia sibuk buat kerja lain. Masa tuh nak balik tido rumah senang2 sahaja. Bila time balik, mintak member tolong punch card, kalau baik sikit buat sendiri. Ha… tu dah kira makan gaji buta kan. Macam2 macam lagi godaan dan cubaan untuk culas dan pecah amanah dalam bekerja. Awas, jangan terjerumus ke lembah kehinaan.







