Exeter… part II
Thursday, March 16th, 2006
Al-kisah… Setelah setel urusan check-in maka aku dan Wei pun cari jalan ke train station sambil diikuti Joss berpandukan peta yang diberikan oleh staff Exeter Uni kat kaunter check-in tadi. Di satu persimpangan dengan yakinnya, Wei menganbil simpang yang kiri. apabila melihat jalan agak sunyi semacam aje, aku mula suspicious. Macam salah ajer.Tengok peta pun macam tak betul. Tapi sebab tak tahu jalan, maka ikut sahajalah. Setelah 7 minit berjalan. Kami pun bertanya kepada a rondom guy on the street. He told us, the train station is the other way round. Maka kitorang kena patah balik. Dengan baik hatinya this guy membawa kami ke train station tersebut. Dia juga tolong angkat beg alatan memanah Joss. Baik gila mamat ni. Dah la tak kenal, sanggup pula bawak kat kitorang jalan ke train station yang jauh tu.Siap angkat beg lagi tu… Kalau kat Malaysia jangan harap la. Or maybe because I’m lucky?? Dalam perjalanan, jam tangan menunjukkan pukul 8.33. Terdetik dlm hatiku,’terlepas dah ni, tapi nak buat camner lari pun tak sempat’. Aku cuma berharap train delay atau ada satu lagi trip. Setibanya di suatu tempat yang mana kami boleh nampak stesen ketapi dari situ, mamat tu pun meninggalkan kami dan mengucapkan selamat. Joss pula berkata ‘ Azlan, maybe you should run. Sorry about that. Good luck, mate.’
Setibanya di stesen, aku melihat skrin jadual train berlepas. Tiada satu pun yang menuju ke London. Hatiku sudah yakin bahawa aku terlepas train. Tanya pula officer kat situ, dia kata esok pagi baru ada train. Ahhh… Jadual train kat papan di tepi stesen pun kata 8.30 mlm last train. Aku pasrah. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Aku hanya ada satu option iaitu call diorang balik dan lepak kat hotel diorang buat sementara.
Dipendekkan cerita, setelah bersusah payah contact kawan2 Melayu yang aku kenal, akhirnya aku berjaya mendapat contact seorang Melayu yang study kat sini. Alhamdulillah, dia sanggup menumpangkan aku dirumahnya pada malam itu.
Esoknya, sebelum pulang ke London, dia bawak aku jalan2 ke melihat bandar Exeter. Bandar Exeter ni tak la besar sangat. Lebih kurang bayswater je kot. Adelah beberapa bangunan yang cantik. Secara amnya ok juga la lepak disini, dapat melepaskan tensen seketika walaupun habis duit.
Lebih kurang pukul 3.40 aku bertolak pulang ke london dengan train juga. Malas nak naik bas 4 jam. Beza harga 10 pound. Bantai la. Terima kasih kepada rakan2 yag membantuku pada tempoh hari.

Nota: Lebih kurang 2 hari lepas tu baru hilang letih memanah dan jalan2 kat Exeter.




