Hubungan kepercayaan dan keyakinan dengan kejayaan
Saturday, June 18th, 2005Iman adalah percaya dan yakin dengan dengan sungguh dengan hati (i’tiqad), membenarkan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan. Orang yang beriman bahawa orang yang berusaha, bekerja, berjuang di jalan Allah akan dikurniakan kejayaan dan dia berusaha maka sudah pasti Allah berikan kejayaan kepadanya. Pada hari ini, konsep yang sama dibawa oleh pakar2 motivasi dalam usaha mencapai kejayaan iaitu percaya akan kemampuan diri untuk mencapai satu matlamat dan berusaha kearah tersebut. Apabila kita yakin, maka kita jadi bersemangat nak berusaha, dan usaha yang bersungguh2 pasti kan membuahkan hasil yang baik.
Sebagai analogi, aku nak bawak cerita belajar naik basikal.
Pernah tak bawak basikal? Ingat tak masa mula-mula belajar bawa basikal? Dalam usaha belajar menunggang basikal, berapa kali jatuh? Adakah korang berhenti berusaha mengayuh setelah jatuh? Sudah pasti tidak, malah tak serik2 dan tak jemu2 nak bawak juga. Dalam hati ada keyakinan dan kepercayaan yang tinggi bahawa di akhirnya pasti dapat bawak basikal dengan macho sekali. Orang yang percaya dan yakin bahawa dia akan berjaya kemudian berusaha, pasti berjaya.
Semasa kecik2 dulu pula, sewaktu menjelang Piala Thomas di Malaysia kita sering mendengar lagu ‘jika kau fikirkan kau boleh’. Lagu ni jugalah yang di nyanyikan aku masa form 1 kat sekolah menengah dulu. Kenapa kena nyanyi lagu ni? Sebab nak bagitau bahawa kalau nak berjaya mmg kena ada keyakinan, kalau tak mmg tak dapat.
Kita tengok Rasululullah dan para sahabat. Merekan adalah orang2 yang berjaya. Mereka ada iman yang tinggi, kukuh dan mantap. Beriman dengan janji2 Allah dan percaya akan dikurniakan kejayaan. Natijahnya, mereka mmg dapat kejayaan bukan sahaja di dunia, malah akhirat sana.
Sebagai contoh, dunia moden, Nabi Muhammad dan Saidina Umar termasuk dalam senarai the most influencial person in the world.
Subhanallah, betapa indah dan syumulnya Islam ini. Rupa2nya rahsia kejayaan sudah lama diturunkan kepada kita, patutlah semasa tamadun Islam tengah tertegak di muka bumi Allah, kita tengok ramai tokoh2 yang berjaya dilahirkan seperti Imam Ahmad, Imam Hanbal, Imam Shafie, Salahuddin al-Ayubi, al-Kindi, al-Farabi, Ibn Rusyd dan al-Khawarizmi . Salah satu sebab adalah mereka punya iman yang mantap.
Diriku dan kawan2 sekalian, tingkatkanlah iman kita, yakinlah kejayaan pasti menyebelahi kita. Sesungghnya Allah telah menjanjikan kejayaan kepada orang2 yang beriman dan Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. InsyaAllah, dengan usaha yang bersungguh2 kita pasti berjaya. Tidak kira belajar kat mana sekalipun, Malaysia, UCL, Soton, Kings, Queens, Ireland, Newcastle, Leicester, Cambridge mahupun IC yang orang IC kata susah nak mampus tu.. kita pasti boleh dapat first degree, capai jua apa kejayaan yang diimpikan. Moga2 dengan lahirnya lebih ramai insan yang tinggi imannya, maka khilafah islam dapat bangkit semula.