Assalammualaikum. Bertemu lagi di blog aku yang tak seberapa ini. Terima kasih kerana melawat.
Semalam aku gi lepak bilik coursemate aku yang dekat ngan UCL, Seif. Letih menyiapkan lab report. Ini semua gara-gara buat keja last minute, aku terpaksa me’miss’kan 2 lecture demi menyiapkan lab report yang dikira sbg coursework.
Semasa makan malam kat kitchen member aku, ada sorang omputih tanya (secara general/semua orang kat kitchen tu) “Apakah yang berlaku lepas mati?”. Aku just diam, tak cakap. Tak berani nak cakap. Namun sebenarnya kena cakap kerana ada tanggungjawab dakwah. Menyampaikan mesej Islam kepada semua orang.
Lepas tu lepak kat bilik member aku plak. Pastu aku bincang ngan dia pasal soalan tadi, kalau nak cakap, kena consider diorang mungkin tak paham, so kena pakai analogi. Ada juga betulnya. Anyway, kalau bagitau dalil2 naqli lebih bagus.
Bila nak balik ke hall aku, Seif saja2 mintak aku tinggalkan kom. Kasi dia pakai. Aku kata tak boleh sebab aku perlukannya dan kom ni macam teman aku. Maklumlah, banyak masa aku kat bilik dispend depan kom, surfing, dengar radio ikim.fm, dsb. Kalau takde bosan la. Tapi kemudian aku terfikir, bukankah patutnya Al-Quran yang menjadi teman? Apa ada dengan kom ni? Malah kadang2 frust je ngan kom -crash, buang masa, etc . Teringat taklim kat KMYS dulu. kalau kita rajin membaca Al-Quran, di alam barzakh kelak Al-Quran akan mendampingi kita. Malah Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu, shifa, pengajaran dan banyak lagi.
Cakap pasal teman ni, teringat kata2 Rasulullah mengenai kawan@sahabat. Kalau nak kenal seseorang, lihatlah sapa sahabatnya. Ini menunjukkan kuatnya pengaruh rakan terhadap peribadi kita. Kita kenala kena pilih kawan agar tak terjerumus dalam lembah maksiat. Namun tak bermakna tak leh bergaul langsung. Menurut bro Masroor, kawan yang baik adalah kawan yang mampu mengingatkan kita pasal hari akhirat. Selain tu, kawan yang dapat menegur kita kalau buat salah.
Ayuh marilah kita memningkatkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Semoga Allah membantu kita jadi hambanya yang taat & soleh.