Assalammualaikum. Dalam beberapa hari aku tak tulis blog ni, macam2 yang berlaku.
Firstly aku selsema. Mula2 tak teruk sangat la. Jumaat lepas kena demam pulak (selsema pun selsema jugak). Kebetulan pulak kena buat lab 6 jam hari tu. Tambahan pulak hari tu mmg sejuk. Mmg tak larat la. Malam tu aku lepak kat bilik kawan aku yang dekat dengan UCL dulu sebab tak larat sangat. Alhamdulillah setelah berehat seketika, aku rasa ok sikit. Dapat pulang ke hall aku dengan selamat pada malam itu.
Pagi Sabtu tu aku rasa mmg lah tak larat. Badan pula terasa panas. Dapat tido kejap saja. Walaupun terasa lemah, namun ku gagahkan diri ini ke Boots di Kings Cross Station untuk membeli ubat Day Nurse. Setelah mengambil ubat, tersa ok lah sikit.
Macam biasa, petang itu gi IC jumpa Matlut dan Aiman. Kemudian kami bersama2 gi makan kat Mawar. Disebabkan hidungku yang tersumbat dan demam, makanan tu tak terasa sangat. Tapi camna pon mmg best gi sanasebab dapat jumpa member2 KMYS. Iedil dan rakan2 yang lain pula sempat mengucapkan happy bday kpd aku. Kebetulan pulak bday aku sama ngan tarikh makan kat Mawar. Hu hu semakin tua, dan semakin hampir dengan waktu mati. Begitulah yang dikatakan dalam Kuthbah Jumaat kat UCL jumaat lepas.
Lepas habis, aku, Mat Lut, Aiman, Wilson, Deno dan Md Noor gi lepak bilik Zhon Wei. Sejam kemudian aku pun pulang ke bilikku. 1 pagi pulak Rudeng datang bersama kawannya Paie menumpang tido. Diorang baru balik snowboarding kat Austria 4 hari.
Ahad pagi pulak aku rasa macam nak gi Sheffield nak tengok NEXT. So aku kejut Rudeng dan kemudian kami pun keluar dari bilik aku. Dia dan Paie gi Victoria manakala aku gi Kings Cross check train. Tengok2 tiket train mahal sangat, 60 gbp. Tak jadi gi sana. So aku balik.
Petang tu aku rasa demam teruk balik. Banyak tido sahaja. Dalam masa sama terasa kesunyian juga. Tiba2 teringat, mungkin macam ni lah yang dirasai oleh datuk/nenek/ibu/bapa kita bila sakit. Nak ada teman. Sebab tu bila datuk kita sakit, parent kita akan balik kampung tengok diorang.
Malam ahad-Disebabkan macam2 perkara yang berlaku dan keadaan yang kurang sihat, aku terlupa pasal kenduri kahwin Pak Su aku semalam (Sabtu). Bila chat dengan sepupu aku baru teringat. Sekarang semua adik beradik emak aku sudah berumah tangga.
Rabu-Alhamdulillah akhirnya hari ni aku kembali pulih. Terasa sihat balik . Moga2 aku dapat study dengan baik.