Archive for the ‘Insaf’ Category

sibuk dengan dunia

Wednesday, April 23rd, 2008

Sibuk sungguh dengan kerja duniawi ni, sampai kadang-kadang lupa akan akhirat.

The time is running out

Tuesday, April 22nd, 2008

Exam is around the corner. Project deadline is very close. I’m so busy with writing up. Could not spend much time blogging. But in real life I still could find time to play MotoGP, hu hu. It’s very difficult to concentrate. So many distraction and temptation. Escapism always get in the way.

Learned the hard way

Wednesday, March 28th, 2007
Alhamdulillah cuti Easter telah bermula. Hari Sabtu-Isnin lepas merupakan hari yang agak best sebab dapat jumpa ramai sahabat2 yang turun ke London untuk menghadiri Careers Fair anjuran UKEC. Dengan bermulanya cuti Easter bermakna segala kelas (lecture) dan kerja-kerja coursework telah tamat bagi tahun(academik year) ini. Yang tinggal hanya exam. Insyallah thn ini ade 5 paper kena jawab.

Aku ingin berkongsi kekesalan aku tentang projek yang lepas. Ia buka bertujuan untuk komplen, merungut tetapi sekadar renungan buat diri ini dan sahabat2 yang malas macam aku. Yang rajin tu tak per la. Maybe tak related.

The issue is PROCRASTINATION. Kalau dalam bahasa melayu, kita panggil buat kerja last minit. 12 tengah hari 23 Mac lepas merupakan deadline bagi 3rd year final report submission. Final report ini bernilai 0.5 unit. Sangat besar, sebesar satu course(subject). Dengan konfidennya aku meninggalkan kerja-kerja menulis report ini sehingga hari Isnin iaitu kira-kira 4 hari sebelum tarikh submit. Walaupun aku telah berusaha keras hampir 10 jam sehari bermula Isnin hingga Rabu, aku masih lagi gagal meyiapkan report tersebut dengan sepenuhnya. Maka aku pun berusaha meningkatkan produktiviti dengan berusaha lebih keras, 17 jam sehari.

Pada hari Jumaat, pukul 8 pagi, aku telah berada di Universiti bagi mengelakkan sebarang masalah pengangkutan. Jam 10, Shean Lin course mate aku telefon, dia sudah siap dan bersedia untuk print reportnya. Aku sangat cuak apabila dengar dia dah siap, aku tak siap lagi. 12 p.m., I am still furiously writing my report using Texnik a Latex editor. At that moment, aku sudah pasrah, terpaksa hantar report lambat. Tiba-tiba Abdul Latif telefon kata dia kat UCL tanya tempat solat Jumaat. Maka aku pun kata kul 1 nanti kita jumpe, aku bawak ko ke tempat solat Jumaat. Kemudian aku terus berusaha menyiapkan report. Pukul satu, aku berhenti sebentar untuk menunaikan solat Jumaat.

Selepas solat Jumaat, aku meneruskan usaha menyiapkan report dengan harapan dapat siapkan hari tu juga. Namun akhirnya aku hanya dapat menyiapkan report dengan lengkap pada pukul 6.30 petang. Kemudian report pun dicetak. Pada waktu itu pejabat sudah tutup dan kedai binding maka aku terpaksa pulang dan berharap dapat menghantar report pada keesokan harinya.

Aku berasa sangat down pada waktu itu, hampir-hampir berputus asa. Berbekalkan sedikit harapan dan doa kepada Allah, akhirnya pada hari Sabtu lepas aku berjaya menghantar report ke pejabat di tingkat 7 menerusi pintu belakang walaupun sepatutnya tiada siapa yang dibenarkan masuk ke bangunan Engineering pada waktu itu kecuali staff. Alhamdulillah selesai kerja. Allah perkenankan jua doaku, walaupun masa itu aku rasa macam lemah jer pergantungan aku kepada-Nya. Dengan kejayaan menghantar report itu, keyakinanku telah meningkat kembali dan sangat-sangat bersyukur kepada-Nya. Begitulah, walau susah mana pun kalau kita ade keyakinan kepada-Nya, Allah akan tolong. Semua ini adalah ujian daripada-Nya.

Aku agak kesal kerana meninggalkan kerja-kerja yang sangat penting sehingga saat-saat akhir, akibatnya kena kerja keras last minit dan terpaksa menghadapi risiko dipotong markah. Hasil report pula tak sebagus yang aku expect. Inilah pengajaran yang pedih yang terpaksa dilalui akibat sikap yang buruk. Harapnya kali ini aku benar-benar serik dan tak ulang lagi dah.

Surat dari tanah air

Friday, December 29th, 2006

Pernahkah anda menerima surat daripada penaja anda? Apakah yang biasa diperkatakan dalam surat tersebut? Aku agak jarang menerima surat dari penajaku, YTN. Biasanya surat akan dihantar sekiranya ada perkara penting yang hendak disampaikan. Semalam aku menerima sepucuk surat daripada YTN. Aku tertanya-tanya apakah isi surat kali ini.

Apabila aku membuka sampul surat tersebut, aku agak terkejut apabila membaca tajuk surat tersebut, “KECEMERLANGAN AKADEMIK PARA PELAJAR TAJAAN YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)”. Ada masalah dengan result aku ke? Rupa-rupanya ia adalah peringatan dari pengarah YTN agar aku belajar dengan bersungguh-sungguh. Terima kasih Tuan Pengarah kerana mengingatkan saya. Akan saya tampal surat ini di dinding bilik saya agar saya sentiasa ingat apa yang Tuan Pengarah pesan. Bak kata penulis 7 habits, ‘Begin with the end in mind’.