Archive for the ‘Holiday’ Category

di Stockholm

Thursday, June 12th, 2008

Setelah berkali-kali di ajak oleh saudara Mat Lut, akhirnya dapat juga aku mencari peluang dan ruang untuk untuk datang ke bumi Stockholm. Sekarang aku berada di biliknya sambil menggunakan komputer IBMnya sementara menunggu waktu solat subuh masuk.

Sebelum aku menjejakkan kaki di sini, kadang-kadang terasa agak keberatan untuk keluar dari UK kerana takut-takut duit tak cukup dan masa tak kena. Perasaan begini agak biasa buat aku setiap kali sebelum keluar berjalan, he he. Setelah berbincang dengan Mat Lut dan berjaya mencari tiket murah, ku bulatkan hati untuk datang ke Stockholm. Walaupun aku hanya baru sampai sehari sahaja, ternyata keputusan untuk keluar London adalah suatu yang tepat. Pemandangan dan suasana di sini amat berbeza sekali. Sungguh tenang dan rumah-rumah di sini lebih berwarna-warni berbanding UK.

Aku berjumpa Mat Lut di stetsen keretapi bawah tanah Radhuset. Aku berasa sungguh gembira apabila dapat bertemu dengan bekas room mate 2 tahun ni. Semenjak dia pindah ke Stockhom kami hanya berhubung di alam maya sahaja kecuali sekali sahaja jumpa pada bulan November lepas. Kini, dapat juga aku bersua muka di tempat dia belajar. Kemudian Mat Lut membawa aku pergi makan kebab dekat dengan masjid. Banyak cerita yang dikongsikan bersama sepanjang perjalanan tadi. Sebagai seorang tourist guide berjaya, Mat Lut juga telah banyak memberikan penerangan dan bercerita tentang Stockholm ni. Aku agak impressed dan tertarik.

Esok, tak tahu lagi nak pi jalan mana. Tengoklah mana yang sesuai.

AKYUEM Fest 2007

Monday, April 2nd, 2007
Seperti biasa pada musim cuti Easter ni, macam orang lain, tak der cerita lain yang ditulis melainkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang musim cuti. Sabtu lepas, aku sempat menghadiri Festival AKYUEM di Warwick anjuran AKYUEM di UK and Ireland. Festival ini dianjurkan bagi merapatkan silaturrahim dan membina jaringan persahabatan antara bekas pelajar KYUEM @ KMYS.

Ketibaan aku di Warwick disambut oleh Bojol. Setibanya aku di dalam gelanggang tempat aktiviti dianjurkan, aku disapa oleh beberapa rakan2 yang turut hadir dalam AKYUEM fest. Teguran mereka dibalas dengan bersalam-salaman dan bertanya khabar. Seronok juga bertemu rakan-rakan yang lama tak jumpa terumatanya junior2 dan senior2 KMYS. Aku agak terkejut berjumpa Saudara Nik Nazmi di sana kerana setahu aku sebelum aku sampai di Warwick dia berada di Malaysia, jauh sungguh dia berjalan. Tetapi setelah beberapa ketika, aku nampak isterinya hadir sama, maka fahamlah aku, lawat isteri sekali. Aku mengambil tempat di kerusi di hujung gelanggang tempat Sid, Aiman dan Bojol melepak. Sid agak terkejut (tapi bukan terkejut beruk la, just sikit jer) melihat aku datang ke AKYUEM fest kerana dia tidak menyangka aku tak akan datang dan aku tak bagitau dia pun. Apapun kami gembira dapat bertemu semula setelah beberapa bulan tak bersemuka.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yippie! Semua kelihatan gembira. Enjoying the wonderful moment.
Aktiviti yang diadakan adalah sukan dan sukaneka. Walaupun tiba agak lewat, kira-kira pukul 12 tengah hari, aku sempat menonton sahabat2 lelaki bermain bola jaring dan perempuan bermain futsal. Kemudian dikuti dengan pertandingan sukaneka antara House. Setiap house bertarung dengan penuh semangat dalam perlumbaan berlari sambil mengepit bola di celah kangkang dan berlari-ikat kaki dengan pasangan. Sebelum perlumbaan bermula, briefing diberikan oleh Iedil dan Lopes. Demo pula dibuat oleh Shahmeen dan Basyar. Macam biasa, Shahmeen dan Basyar mesti buat lawak dengan aksi-aksi yang ‘over’ ketika menunjukkan cara bermain. Sepanjang sukaneka, pelbagai aksi dan ragam manusia dapat dilihat. Kelakar rasanya melihat gelagat masing2 terlompat-lompat dengan harapan dapat menyumbang kepada kemenangan rumah masing2. Kadang-kadang kesian juga melihat ada yang tak dapat mengepit bola dengan kemas menyebabkan bola asik jatuh sahaja. Akhir sekali, permainan yang diadakan adalah bola beracun. Sid menjadi Hero rumah Garnet apabila menjadi orang terakhir yang berjaya bertahan dalam permainan tersebut. Pada pusingan akhir permainan, semua orang yang hadir diminta dan dipaksa turut serta dalam permainan bola beracun termasuk aku. Mula-mula plan nak kasi’ mati’ cepat sebab malas nak main. Tapi bila dah ada dalam bulatan tu, sebab ramai yang berlari-lari aku hanya perlu berjalan-jalan sikit sahaja untuk mengelakkan diri dari terkena balingan bola dari pasukan lawan. Aku berjaya bertahan dalam dua tiga minit setelah hampir separuh dari ahli pasukan kami kecundang. Masa tu jadi semangat pula untuk bertahan hingga akhir, tapi tidak berjaya sebab ada sorang yang hebat telah membaling bola tepat ke arah kakiku. Aku terlalu statik dan maka mudah bagi pihak lawan mengagak gerakan aku. Tak kisah la, bukan penting pun, just suka-suka.

Lebih kurang pukul 2 petang, kami pun berhenti bermain untuk berehat, solat dan makan. Selepas makan di bilik 101(?, tak ingat), bangunan Maths and Science, sesi suai kenal diadakan. Dari itu baru aku tahu bahawa sebenarnya ada beberapa orang yang turut serta dalam AKYUEM fest bukan dari KMYS, ader dari Taylor’s dan KTJ. Kemudian, Azmir membuat persembahan nyanyian di hadapan warga AKYUEM di dalam bilik tersebut. Setelah itu, sesi penyampaian hadiah diadakan. Saudara Nik Nazmi dan seorang Kakak dari Scotland telah dijemput untuk menyampaikan hadiah. Rumah Garnet telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan. Walaupun aku tidak melibatkan diri sangat dalam aktiviti sukan dan permainan yang dianjurkan, sebagai ahli rumah Garnet, aku berbangga Garnet berjaya merangkul juara keseluruhan dalam AKYUEM Fest kali ini. Akhir sekali, sesi bergambar sebagai kenang-kenangan diadakan di sebuah open area berdekatan Science and Math building.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Garnetors in red

Disebalik keceriaan yang terpancar di muka para peserta aku merasakan kemeriahan aktiviti ini agak sederhana kerana hanya lebih kurang 50 orang sahaja yang hadir. Di samping itu ada beberapa orang rakan yang kata nak datang, tidak datang. Apapun tahniah diucapkan kepada penganjur dan warga AKYUEM kerana berjaya menganjurkan AKYUEM fest kali ini. Bagi aku, ia berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedikit renungan. Dalam keseronokan bermain dan bermesra sesama warga AKYUEM, ada di antara peserta muslim yang kurang sensitif dalam menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Misalnya ada yang berpelukan (tapi tidak se-ekstreme dalam gambar rasanya) atau berpegangan tangan. Bagi sesetengah pihak, ini mungkin perkara biasa atau kecil sahaja. Hal ini kerana itulah cara hidup mereka atau mungkin kurang ilmu atau terpengaruh dengan keadaan sekeliling atau different value system yang dipegang. Jika dilihat dalam skop yang lebih luas, sebenarnya perkara ini tidak terhad kepada warga AKYUEM shj tapi berlaku di kalangan rakyat Malaysia Muslim di mana sahaja.

Ini amatlah menyedihkan. Sebagai hamba Allah, hamba yang mencintai Tuhannya kita hendaklah menlaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Antaranya menjaga akhlak dan hubungan sesama manusia. Di dalam hal hubungan lelaki perempuan, Allah telah meletakkan batas-batas tertentu seperti jangan menyentuh bukan Mahram atau bermanja-manja dengan bukan Mahram seperti melunakkan suara untuk menarik perhatian. Namun Islam bukanlah cara hidup (Deen) yang sempit, ada ruang atau keadaan di mana sentuhan dibenarkan seperti dalam keadaan kecemasan dan untuk tujuan perubatan. Semua ini ada hikmahnya. Bagi aku antara hikmahnya adalah untuk menjaga kesucian diri dan hati.

Sebagai orang yang yang ada sedikit ilmu dan kesedaran, aku terasa agak helpless dan sedih kerana tidak mampu untuk menegur atau memberi peringatan kepada insan yang terlibat. Aku hanya mampu merungut di sini sahaja. Belum ada kekuatan nampaknya. Apapun aku ingin mengajak semua agar menajadi insan yang lebih berhati-hati dalam gerak-geri kita termasuk ketika bergaul dengan lelaki perempuan. Semoga masa depan menjadi lebih baik.

Winter Holiday: A reflection

Tuesday, January 2nd, 2007
Me & Ali, my junior in KUSESS. He is studying in Paris.

A few hours ago, Pemerhati Perajurit II asked when will I update my blog? I told him I have no idea. But after updating my Multiply site, suddenly I realised that actually this winter holiday is the most unique winter holiday in my life. Even though it was only 3 weeks, but I feel like a very long holiday. I had gone through a lot of things in my life. Sad, happy, fun and boring.

Met Ust Fit & Bob, visit Dublin, PUISI, received ESH from YTN, Meet Dr Foord, Eid, reminder from YTN director, Mas’s visit, unfortunate New Year, Abg Saif’s visit, taking a lot of pictures and a lot of sleep.

Hmm I don’t think I will write everything here, now. I will come back to write about it later if I have mood.


Dinner prepared by Abg Saif in my room.

puas berPUISI

Wednesday, December 27th, 2006
Photo courtesy of Abadi Sufaat

Alhamdulillah, puas sungguh rasanya mengikuti program PUISI kali ini. Ini merupakan kali pertama aku mengikuti PUISI setelah dua tahun terlepas daripada mengikuti program ini. Banyak sungguh yang dapat kupelajari daripada pengisian, bengkel dan tazkirah sepanjang program kali ni. Pesanan Ustaz Hasrizal tentang 7 habis iaitu, “7 habits ini bukan untuk dihafal tetapi untuk diamalkan” akan aku ingat dan amalkan. Selain itu, ukhwah antara kami yang berada dalam PUISI terasa begitu manis dan indah sekali. Seronok dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat sekalian esp budak-budak KY.

PUISI 06 adalah program terbaik dan paling seronok yang pernah aku ikuti sepanjang aku berada di UK. Yuran yang dikenakan hanya £20, sangat rendah berbanding dengan kualiti program yang dianjurkan. Kalau nak join program ala-ala motivasi seperti ini dia Malaysia mesti kena bayar lebih kurang RM 300. Tapi baguslah, kalau mahal sangat tak mampu pulak. Terima kasih PPMI kerana berjaya menganjurkan program yang best ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Hasrizal kerana sudi datang ke Dublin dan memberikan pengisian yang mantap sekali. Kesungguhan ustaz menyampaikan ceramah walaupun letih dan jet lag sangat mengkagumkan.

Terima kasih juga kepada sahabat2 di Ireland kerana melayan kami dengan baik sekali. Special thanks to penduduk 218 dan 308, eh 380 kerana sudi menumpangkan aku dan menyediakan makanan yang sedap sepanjang aku berada di sana.

p/s: kepada sahabat2 yg yang nak gambar PUISI yang aku tangkap, sila YM aku. Kalau korang nak share korang nyer sound la aku ye.