Archive for the ‘Fikir’ Category

Kes murtad

Thursday, May 8th, 2008

Satu lagi kes murtad timbul. Mahkamah syariah di Pulau Pinang kali ini meluluskan permohonan murtad i.e. keluar agama Islam.

secara umumnya, ada macam-macam perkara dan tuntutan yang timbul pasal kes murtad ni. Tapi aku masih lagi tak faham sangat. Antaranya ada yang berkata kita tak boleh membiarkan orang Islam murtad, mesti di hukum. Jika tidak ini akan menjejaskan kedudukan Islam. Ada pula yang mengatakan biarkan, itu kebebasan individu beragama! Ah pening. Berikan aku tunnjuk ajar…

Apa pandangan anda?

Monday, May 5th, 2008

Saja nak tahu pandangan umum. Korang sukakah jika kerajaan sekat aktiviti konsert dan hiburan? COntohnya jom heboh dan gig-gig…. saje aa sebab ada beberapa hari ni baca pasal ni.

video sampah buatan malaysia

Monday, May 5th, 2008

Aku ingin memberi sedikit komentar terhadap sebuah movie sampahan lagi jijik yang sedang berlegar di YouTube sekarang ini. Ia mengisahkan kehidupan manusia luar tabiee seperti yang dilakukan oleh kaum nabi Lut itu. Aku berasa sangat sedih akan perkembangan terkini ini. Ya aku tahu masalah ini sebenarnya agak serius terutamanya di bandar-bandar besar. Malah kat sekolah-sekolah asrama pun selalu timbul isu ini. Kalau kat sekolah yang otai, sure dah lama kena belasah diorang ni. Tapi aku tak recommend la sebab tak berhikmah cara macam tu.

Kini mereka telah melangkah setapak lebih maju dengan mengeluarkan movie bertemakan hubungan luar tabie itu. Mungkin juga ia dikeluarkan oleh pihak yang bukan dari golongan itu, tapi menggunakan alasan untuk menggambarkan suasana masyarakat sekarang. Apa dah tak der modal lain ke? Nampaknya producer kita semakin ketandusan idea. Movie bertemakan nafsu lebih menjadi pilihan. Oh terlupa, producer buat cerita ikut permintaaan pasaran. Dan rupa-rupanya orang memang suka movie macam tu…

Setakat ini aku tak dengar mana-mana pihak bising-bising pasal benda ini kat Malaysia. Mungkin masyarakat Malaysia sudah tidak lagi sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Walaupun di YouTube ia tetap meberi kesan kepada masyarakat. Tidak perlu pergi jauh, cukup dengan rumah aku, topik ini dijadikan bahan lawak. Bagi aku ini bukan benda lawak. Ia adalah sesuatu yang sangat serius. Ini merupakan perbuatan yang keji, dilaknat oleh Allah sehinggakan kaum nabi Lut yang enggan menerima nasihat dan seruan untuk meninggalkan perbuatan tersebut telah dilenyapkan dari muka bumi ini.

Kepada golongan ‘Islamist’ tengoklah dunia sekeliling mu. Banyak benda yang perlu anda selesaikan. Ni salah satu daripadanya. Cukuplah dok asik berbalah pasal perbezaan antara ‘aku dengan kau’. Cuba buat satu benda yang berfaedah sikit, contohnya selesai masalah umat ni…. Kalau tak buat kerja, pasni jangan la dok asik mengadu, masyarakat makin rosak…

Persoalan hudud

Monday, May 5th, 2008

ada terbaca di internet pasal hudud. Rasanya elok dikongsi bersama untuk menambah pengetahuan

sumber: Harakah

Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din
Dato’ Dr Haron Din
Thu | Apr 10, 08 | 10:35:04 am MYT

Soalan | Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undang hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah atau pun bukan keutamaan. Jika bukan, apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya. Mohon Dato’ perjelaskan. - Ubaidah Salim, Sepang

<!–

–><!–

–>

Jawapan | Anda perlu memahami terlebih dahulu bahawa sistem pemerintahan di Malaysia terbentuk daripada dua sistem perundangan iaitu, pertama, pemerintah Kerajaan Pusat atau ‘Federal Government’ dan kedua, Kerajaan Negeri atau ‘State Government’.

Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan.

Kuasa tertinggi adalah Kerajaan Pusat, mengikut kehendak Perlembagaan, kerajaan negeri perlu patuh dan tertakluk dengan kuasa Kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang sendiri yang bercanggah dengan Kerajaan Pusat.

Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri.

Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan.

Jika sekiranya negeri mahu melaksanakan undang-undang hudud, ia mesti mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Dengan pemahaman yang mudah, kerajaan-kerajaan negeri PAS, belum diizinkan untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai oleh PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah, maka barulah ia menjadi keutamaan.

Untuk sekarang ini kita mengambil panduan daripada al-Quran, tentang apakah keutamaan PAS dalam soal pemerintahan.

Ia mesti berpegang kepada dasar PAS, ia termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) yang menyebut bahawa, “Adapun hukum yang tertinggi sekali pada pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.”

Merujuk kepada al-Quran, Allah memberi keutamaan, panduan kepada pemerintah Islam yang perlu melakukannya apabila berkuasa sebagaimana firman Allah (mahfumnya): “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj, ayat 41)

Kesimpulannya, keutamaan yang perlu disegerakan; pertama, memperkukuh hubungan dengan Allah menerusi menanam aqidatuttauhid yang sebenar, membasmi kesyirikan kepada Allah, menyebarkan ilmu Islam bagi memahamkan manusia umum akan Islam yang sebenar, mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam, menghidupkan institusi agama agar ianya benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya.

Kedua, memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, khususnya kepada golongan bawahan, fakir miskin agar mereka terbela menerusi pemberian zakat.

Sebagainya perintah Rasulullah s.a.w. (mafhumnya) “Ambillah harta daripada golongan berada dan bahagikannya kepada golongan kurang berada.” Itulah yang dilambangkan dengan zakat.

Sekiranya semua zakat yang wajib atas umat Islam yang berada (kaya) di sesebuah negeri (khususnya di Selangor), dikumpul dengan cara yang berkesan dan sempurna, serta diagihkan kepada golongan yang miskin dengan cara yang betul, maka bayangkanlah apa yang akan berlaku.

Ketiga, makruf ditegakkan. Makruf ialah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Apa sahaja yang diperintah, hendaklah dicari jalan bagaimana mahu melaksanakannya sehingga syiar Islam tertegak dan kebaikan Islam terserlah, serta nilai-nilai murni menjadi amalan masyarakat.

Keempat, mencegah kemungkaran. Mengikut aturcara yang sesuai dan langkah-langkah pencegahan yang efektif lagi berwibawa, menuju penghapusan nilai-nilai negatif yang tidak disukai wujud dalam masyarakat.

Kelima, berserahlah kepada Allah SWT untuk menentukan yang sebaiknya dalam perlaksanaan semua urusan yang dilaksanakan menurut perintah-Nya. Wallau’alam. - lanh

Manusia suka berpecah

Friday, March 28th, 2008

Hasil daripada perbincagan yang hangat dengan Wan Aimran semalam, aku tergerak untuk menulis sedikit pandangan aku tentang manusia. Aku rasa manusia memang lebih suka berpecah dan hidup dalam kumpulan kecil berbanding bersatu dalam sebuah kumpulan, organisasi atau jemaah yang besar. Perkara ini berlaku kepada semua golongan manusia tak kira zaman, tempat dan latar belakang.

Lihat sahaja di Nusantara, walaupun kebanyakan kita selalu mendengar orang kata kita datang dari satu rumpun, berkongsi persamaan dari segi budaya bahasa dan iklim, namun kita tetap memilih untuk membezakan antara orang melayu di Malaysia dengan orang Indonesia, Filipina dan Petani. Bukan itu sahaja, dalam negara kita, di kalangan orang Melayu itu sendiri, ada golongan yang suka mengkategorikan diri ikut negeri, aku orang Kedah, kau orang Kelantan, dia orang Johor, korang orang KL dsb. Malah ia tidak terhenti di situ sahaja, ia akan berterusan mengecilkan kumpulan kepada sub sub kategori lain hinggalah hingga ke peringkat individu.

Begitu jugalah dalam parti politik. Walaupun dam suatu parti yang memperjuangkan agenda yang sama, tetap wujud Team A dan Team B. Begitu juga dalam gerakan jemaah Islam. Ada jemaah besar dan jemaah kecil. Ada yang timbul ekoran tidak puas hati dengan jemaah besar dari segi tarbiah, kaedah dakwah, pendekatan politik dan sebagainya.

Aku tidak kisah jika pengkategorian itu hanya terhad kepada pengenalan diri sahaja. Tetapi aku sangat tidak suka apabila ia mencapai ke tahap sehingga menimbulkan pergaduhan antara kumpulan, fitnah-memfitnah, memburuk-burukkan antara satu sama lain dan menimbulkan pelbagai lagi masalah.

Alangkah baiknya jika mereka ini bersatu. Bersatu di atas persamaan yang ada. Mudah buat kerja, memberikan hasil yang terbaik. Aku yakin semua orang tahu akan kepentingan dan kebaikan bersatu. Tetapi mengapa ia tidak berlaku?

Rupa-rupanya kerja nak bersatu ni bukan mudah. Masing-masing ada ego sendiri. Bila hidup dalam kumpulan yang besar ni macam-macam benda kena dikorbankan, terutamanya ego diri sendiri. Bukan kerja senang tu. Tambahan pula, bila kumpulan besar ni, ada orang yang pelbagai ragam dan latar belakang. Susah nak berkomunikasi dan bekerjasama. Wavelength tak sama, pandangan berbeza. Mungkin juga ada sebab-sebab lain yang menyebabkan manusia berpecah seperti kepentingan diri dari segi ekonomi, gerak kerja, jawatan dan sebagainya.

Akhirnya ada yang berfikir buat kumpulan sendiri lagi baik. Senang nak buat kerja, lebih optimum kata orang. Kerja minimum tapi hasil optimum.

Individualistik sungguh orang yang begitu. Malas nak buat kerja susah dalam usaha mencapai sesuatu yang lebih murni, iaitu bersatu-padu. Oh well, sapa tak suka buat kerja senang.

Sebagai penutup, marilah sama-sama kita hayati ayat di bawah:


(وَاعتَصِمُوا بِحَبلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقوُا (أل عمران :103
” Bersatulah kamu semua di atas tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah” (Ali-Imran : 103)

______________________________________________________________

From tafsir Ibn kathir: The Prohibition of Division

Allah said,

﴿وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْبَيِّنَـتُ﴾

(And be not as those who divided and differed among themselves after the clear proofs had come to them) ﴿3:105﴾.

In this Ayah, Allah forbids this Ummah from imitating the division and discord of the nations that came before them. These nations also abandoned enjoining righteousness and forbidding evil, although they had proof of its necessity.

Imam Ahmad recorded that Abu `Amir `Abdullah bin Luhay said, “We performed Hajj with Mu`awiyah bin Abi Sufyan. When we arrived at Makkah, he stood up after praying Zuhr and said, `The Messenger of Allah said,

«إِنَّ أَهْلَ الْكِتَابَيْنِ افْتَرَقُوا فِي دِينِهِمْ عَلى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هذِهِ الْأُمَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً يَعْنِي الْأَهْوَاءَ كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ فِي أُمَّتِي أَقْوَامٌ تَجَارَى بِهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلَبُ بِصَاحِبِه، لَا يَبْقَى مِنْهُ عِرْقٌ وَلَا مَفْصِلٌ إِلَّا دَخَلَه»

(The People of the Two Scriptures divided into seventy-two sects. This Ummah will divide into seventy-three sects, all in the Fire except one, that is, the Jama`ah. Some of my Ummah will be guided by desire, like one who is infected by rabies; no vein or joint will be saved from these desires.)

﴿Mu`awiyah said next:﴾ By Allah, O Arabs! If you do not adhere to what came to you from your Prophet then other people are even more prone not to adhere to it. ” Similar was recorded by Abu Dawud from Ahmad bin Hanbal and Muhammad bin Yahya.

Antara dua perkara

Tuesday, March 18th, 2008
Kebenaran dan kebatilan
Prinsip dan pelaksanaan
Idealisme dan realiti
Kulit dan isi
Dalam kehidupan ini aku sering berhadapan dengan pertembungan di antara dua perkara. Adakalanya kedua-dua perkara ini kelihatan sama sahaja, dan kadang-kadang perbezaannya begitu ketara ataupun dua-dua kelihatan tak ada kaitan sama sekali. Sungguh mengelirukan.

Apa akan jadi

Monday, November 26th, 2007

Macam manalah agaknya kehidupan masa kerja nanti ye? Macam bosan aje rasanya. Hari-hari buat benda sama. Kawan-kawan bersosial mesti berkurangan, terhad kepada rakan sekerja aje. Hm.. seronokkah?

Budak baik dan Budak soleh

Monday, February 26th, 2007

Dalam dunia ini ader ramai orang baik. Dekat UK ni pun ramai. Teringat semasa pergi Winter Retreat kat Melrose masa first year dulu, mak cik kat situ tegur aku dan kawan-kawan dengan mesra walaupun dia tak kenal kami. Budak-budak kita pun ramai juga yang baik. Aku selalu jumpe orang yang selalu tolong orang, cakap sopan, bersikap lemah lembut dan suka belanja member.


Aku nak ajak korang untuk berfikir sejenak tentang ‘budak baik’ ni. Aku pernah dengar Ustaz Habib kata baik dengan soleh berbeza. Dia kata baik ni just baik macam tu sahaja, maybe driven by culture or something else. Tapi soleh tu adalah kerana keimanan kepada Allah.


Anak alam pernah cerita kat aku, guru dia (Sidi Abdul Aziz) pernah sebut “Orang Melayu ni secara naturalnya memang baik dan beradab. Tapi kalau beradab semata-mata kerana budaya, sia-sia sahaja” Eh kenapa sia-sia pulak. Well, dalam Islam setiap amalan dinilai berdasarkan niat. But please don’t get me wrong yeah, aku tak bermaksud kata kalau niat baik buat apa pun tak mengapa sebab niat tak menghalalkan cara. Mari kita lihat apa sabda Rasulullah tentang niat:

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’

Dari hadis di atas dapatlah kita faham bahawa setiap amalan bermula dengan niat. Sekiranya niat buat baik kerana sebab-sebab duniawi, maka kita dapat perkara duniawi sahaja. Amatlah rugi kalau kita hanya mengharapkan benda yang semetara ni sahaja sedangkan yang lebih kekal abadi menanti kita. Bak kata most of the speakers dalam event ‘From protest to Engagement’, ‘short sighted!’

Semasa di KMYS dulu, Ustaz Taufik pernah memperingatkan agar semua pelajar memperbetulkan niat belajar di luar negara. Katanya sebagai musafir perantauan tambahan pula bermusafir untuk timba ilmu, doa mustajab. Kalau niat tak elok dapatlah benda yang tak elok tu, kalau niat benda baik dapatlah capai apa yang diniatkan tu.

Cuba tengok balik kehidupan kita sejak hari pertama kita sampai ke oversea ini. Adakah niat kita tercapai? Nak tengok bola, nak lawat Paris, nak cari agama, nak study, nak join orang putih, nak try segala-galanya? Wahai saudaraku, sekiranya niat kita tak betul, buat benda tak betul, marilah kita bertaubat. Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang bila buat salah, segera kembali kepada-Nya. Allah itu Maha Pengampun. Jangan jadi macam Firaun, bila nyawa dah sampai ke kerongkong baru nak taubat. Tika itu semuanya sia-sia.

Marilah kita betulkan niat belajar. Mari kita belajar kerana Allah. Bukankah dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi S.A.W menyuruh kita untuk membaca dengan nama Allah??

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ

Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists)

(Al-’Alaq 96:1)

Niatkanlah juga untuk bantu rakyat Malaysia. Most of us are sponsored dan duit sponsor tu datang dari duit rakyat tak kira sebagai pembayar cukai atau sebagai pelanggan syarikat. Bagi yang dari pernah belajar di sekolah asrama lagi banyak pakai duit rakyat dalam hidupnya. Cuba kira, kalau sekolah asrama sejak tahun form 1 sampai form 5, kemudian dapat sponsor buat A-level atau IB dan kini belajar kat oversea, berapa lama dan berapa banyak kita dah pakai? Bagi aku kira2 10 tahun la. Banyakkan?


So, kalau nak jadi soleh, kenalah berakhlak seperti akhlak Rasulullah. Saidatina Aisyah describes, “The Prophet’s akhlak’s is the Al Quran.” So boleh aku katakan Rasullah adalah ‘the walking Quran’ sebab everything he does always bertepatan dengan al-Quran. Orang soleh menjadikan keimanan, kecintaan dan ketaatan kepada Allah sebagai tunjang amal, perbuatan dan sikapnya. Orang yang beriman mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cintanya kepada diri sendiri dan segala yang ada di dunia dan isinya.


So, macam mana nak tambah iman ni? Ceh, macam soalan SPM pulak

  • Pertama sekali kenalah sempurnakan tuntutan Islam. Solat, tiang agama kena ditegakkan. Pesan datuk/nenek ust Hasrizal, “Solatlah sampai solat menjaga kamu”.
  • Banyakkan amalan sunat, puasa, zikir dsb.
  • Hampiri orang soleh. Utaz Habib pernah cerita bagaimana dia memujuk sorang budak bermasalah kat sekolah dia (Please note that, kalau baca macam ni sahaja mungkin sounds kasar dan nampak macam berlagak sungguh ustaz ini. Tapi sekiranya anda faham situasi perbualan tersebut, ia adalah sesuatu yang sangat sesuai dapat diterima) : “Saya tahu saya jahat ustaz, ustaz baik” kata budak itu. “Ye saye memang baik, kalau kamu terus berkawan dengan budak jahat jadi bertambah jahat la kamu, kamu kena kawan dengan ustaz baru la jadi budak baik.”
  • Tambah ilmu dengan menghadiri majlis ilmu, dengar rakaman ceramah, baca terjemahan quran dan buku-buku islam. Aku kagum dengan sahabat-sahabat yang rajin dan suka baca buku seperti Pemerhati Perajurit II, Anak Alam, Zacharias, WMF², Tony dan Black.

Marilah kita berubah ke arah menjadi insan yang soleh/solehah. Berubahlah dengan perlahan-lahan, tiada masalah. Tengok Yvnoe Ridley, dia pakai tudung pun setelah beberapa tahun dia masuk Islam. Alhamdulillah sekarang dia jadi pejuang agama yang sangat komited. Mana-mana IAW mesti ade dia. Hikmah buat perubahan perlahan-lahan adalah elak terasa fed up dan kembali kepada initial state. Benar memang susah nak berubah, nanti ader orang kate buang tebiat nak mampus pulak. Biarlah apapun orang kata, apa yang terjadi. Yang penting perubahan mesti diteruskan demi mencapai redha Allah.

Hmm.. banyak sungguh aku tulis. Tapi tak banyak yang aku amal lagi. Banyak lagi yang aku kena baiki. Semoga kita sama-sama jadi budak baik dan soleh kerana Allah.

Awas!

Monday, January 29th, 2007

Awas, berhati-hati dengan orang yang berkopiah yang menyebarkan quran palsu, kitab bible bahasa melayu, cerita melayu murtad dsb.

Jangan beli air berjenama *****, ***** dan ****. Ia mengandungi holy water. Kalau minum nanti tak boleh mengucap.

Korang tahu tak apa maksud pikachu? Ini agenda barat nak menyesatkan umat Islam.

Neil Armstrong telah memeluk Islam setelah beliau menjejakkan kaki ke bulan.

Aku yakin setiap pasti pernah terbaca ayat-ayat yang lebih kurang sama seperti ayat-ayat di atas. Aku rasa dah banyak email dan artikel yang aku jumpa macam ni. Baru tadi aku terbaca benda yang lebih kurang sama dan terus membuatkan aku terasa nak menulis di sini.

Setiap kali aku terbaca email/artikel macam ni, fikiranku terganggu. Nak forward kat orang, langsung tak teringin. Aku merasakan stament2 macam ni ader masalah.

Pertama sekali aku menghargai ketulusan hati orang yang menghantar email sedemikian, dia sayang akan saudaranya. Tetapi, sejauh manakah kebenaran perkara-perkara yang disampaikan tu? Mana reference nya? Sedangkan cerita pendaratan manusia pertama di atas bulan masih dipersoalkan dikalangan orang barat, kat Malaysia pula heboh kata Neil Armstrong masuk Islam sebab dia turun kat bulan. Adui, tak ke malu kalau mamat tu tau apa yang kita kata? . Apatah lagi kalau dia sendiri berlakon turun kat bulan, bukan mendarat betul2.

Apakah tiada hujah lain yang lebih kuat nak tingkatkan kesedaran umat Islam kembali kepada ajarannya? Banyak lagi cara yang lebih baik dan berkesan yang boleh kita gunakan. Ayat quran, hadith, kisah nabi-nabi, sahabat, tokoh-tokoh pejuang Islam masa kini dan pengalaman kawan-kawan lagi kuat dan memberi kesan kepada hati ini. Tapi mungkin sebab kita tak suka dengar dari sumber yang asli, sebab tu suka benda-benda yang macam ni.

Apakah ini isu yang menjadi perkara yang paling penting untuk kita risaukan? Kenapa mesti meletakkan kesalahan ke atas orang lain? Sepatutnya kita lebih menumpukan kepada meningkatkan kekuatan diri sendiri. Lihatlah bagaimana gerakan dakwah dijalankan. Bagaimana sikap pendakwah? Itu lebih utama untuk diperbaiki dan dimantapkan. Kalau melihat orang lain, diorang akan terus melaksanakan kerja dan agenda diorang. Tapi kurang sekali kita memikirkan dan berusaha untuk meningkatkan kekuatan ummah.

Come on lah, jangan tengok pikachu, tapi movie hollywood, desperate housewife, hindustan, AF semua layan…. Benci perkara agenda barat tapi tak boikot Israel. Hmm pening-pening. Berserabut pikiranku. Maafkan daku atas kepeningan ini…

Be yourself?

Wednesday, January 10th, 2007
Masa kecil2 dahulu, aku selalu dengar kata-kata yang berbunyi “Be Yourself”. Aku tak ingat mana datangnya benda ni dan dari siapa aku dengar. Apa pun memang berguna jugak la. Terutama dalam keadaan pengaruh rakan-rakan sangat kuat.

Prinsip “Be Yourself” ini banyak diamalkan semasa aku ikut group memanah di sekolah dulu. Masa form 3 aku mula melibatkan diri secara aktif. Alhamdulillah berjaya melayakkan diri menjadi wakil sekolah merangkap wakil daerah (sebab masa tu tak der orang lain dah dalam daerah tu). Sebenarnya kehidupan sebagai ahli sukan pada masa tu bukan terhad kepada latihan dan pertandingan sahaja. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama dalam pelbagai aktiviti. Antaranya makan, membaiki alat memanah, berjalan2, bersembang2, lepak rumah coach, sambut birthday dan macam-macam lagi. Walaupun masa tu aku bersekolah di sekolah asrama, namun aku dapat keluar sekolah selalu sebab memanah. Sedikit sebanyak dapat kenal perangai budak sekolah harian di daerah aku belajar.

Ok, back to the point. Semasa aku bersama-sama kumpualn pemanah, kadang2 mereka membuat atau membincangkan sesuatu perkara yang aku tidak setuju dan tidak suka. Maka aku selalu mengelak daripada mengikuti mereka. Dari semasa ke semasa aku cuba menguatkan pendirian aku. Antara kaedah bagi menguatkan pendirian aku adalah dengan selalu memperingatkan “Be Yourself”. Buat apa ikut2 orang, apa faedahnya. Lebih baik aku mengekalkan identiti diri ini. Alhamdulillah, selamat la jugak daripada PRS ni, walapun ade la sikit2 terkena serpihan PRS.

Semasa gi PUISI 2006 pun aku pernah membincangkan tentang “Be Yourself” ni. Kawan aku tanya, adakah aku perlu berubah sekiranya aku ingin menjadi orang yang lebih baik? Sewaktu itu aku katakan, tidak semestinya. Sekiranya apa yang kamu lakukan seperti berkawan baik dengan semua orang, suka membuat lawak atau suka ketawa teruskan je. Yang penting, tidak melampaui batas-batas agama.

Setelah 2 minggu aku pulang dari PUISI, aku cuba review aktiviti-aktiviti yang kami buat dan juga pengisian yang diberikan oleh Ustaz Hasrizal berkenaan sikap dan tabiat. Antara aktiviti yang membuatkan aku merenung sejenak adalah aktiviti yang melibatkan personality check (tak ingat apa nama yang sebenar). Yang pertama adalah aktiviti untuk menentukan samada aku adalah seorang yang mengamalkan sikap “Put First Thing Fist” dengan baik dalam kehidupan ini atau tidak. Jawapannya, rahsia la… Apapun aku mendapati bahawa aku perlu mengubah sikap aku untuk menjadi orang yang mengamalkan “3rd Habit” ini dengan baik. (Point #1)

Ustaz juga memperkenalkan satu kaedah untuk mengenali diri ini dengan cara mengisi borang kaji selidik (questionnaire). Secara ringkasnya, ustaz menceritakan bahawa berdasarkan kajian dan pemerhatian Encik Covey, manusia terbahagi kepada 4 kumpulan (nama kumpulan itu diberikan ikut nama buah). Bagi menyesuaikan dengan nama buah-buahan tempatan, Fitrah Perkasa telah mengubah nama-nama tersebut kepada langsat, limau, manggis dan tembikai. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan sendiri. Dan secara typicalnya, dalam sebuah syarikat/organisasi, kumpulan ini mewakili kumpulan tertentu dalam organisasi seperti managers and CEOs. Setiap kumpulan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Katakan aku adalah langsat, tapi aku bercita-cita untuk menjadi CEO sebuah syarikat yang besar di peringkat global. Mampukah aku menjadi seorang CEO sekiranya aku mengekalkan sikap aku sebagai seorang langsat? (Point #2)

Ustaz memperingatkan kepada para peserta bahawa Rasulullah SAW adalah role model yang terbaik, padanya terdapat uswatun hasanah (contoh terbaik). Sekiranya ingin menjadi orang yang terbaik, aku harus mencontohi sikap Rasulullah. Dengan kata lain mengubah sikap yang mana tak berapa bagus kepada sikap yang baik seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah. (Point #3)

Aku Aku bertopengkan ultraman

Persoalan yang timbul diatas membuatkan aku terfikir apakah maksud sebenar “Be Yourself”? Sejauh manakah aku perlu menjadi diri sendiri? Apakah yang perlu dikekalkan dan yang manakah perlu diubah atau dibuang? Sekiranya aku mengekalkan apa yang ada pada diri ini dengan seadanya, aku mungkin tidak akan pergi jauh pada masa hadapan. Kalau ubah semuanya, maka hilanglah ABN yang sebenar. Nanti jadi macam, “ABN tak macam dulu lagi….” Adakah itu yang terbaik?? Hmm….