puas berPUISI
Wednesday, December 27th, 2006Alhamdulillah, puas sungguh rasanya mengikuti program PUISI kali ini. Ini merupakan kali pertama aku mengikuti PUISI setelah dua tahun terlepas daripada mengikuti program ini. Banyak sungguh yang dapat kupelajari daripada pengisian, bengkel dan tazkirah sepanjang program kali ni. Pesanan Ustaz Hasrizal tentang 7 habis iaitu, “7 habits ini bukan untuk dihafal tetapi untuk diamalkan” akan aku ingat dan amalkan. Selain itu, ukhwah antara kami yang berada dalam PUISI terasa begitu manis dan indah sekali. Seronok dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat sekalian esp budak-budak KY.
PUISI 06 adalah program terbaik dan paling seronok yang pernah aku ikuti sepanjang aku berada di UK. Yuran yang dikenakan hanya £20, sangat rendah berbanding dengan kualiti program yang dianjurkan. Kalau nak join program ala-ala motivasi seperti ini dia Malaysia mesti kena bayar lebih kurang RM 300. Tapi baguslah, kalau mahal sangat tak mampu pulak. Terima kasih PPMI kerana berjaya menganjurkan program yang best ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Hasrizal kerana sudi datang ke Dublin dan memberikan pengisian yang mantap sekali. Kesungguhan ustaz menyampaikan ceramah walaupun letih dan jet lag sangat mengkagumkan.
Terima kasih juga kepada sahabat2 di Ireland kerana melayan kami dengan baik sekali. Special thanks to penduduk 218 dan 308, eh 380 kerana sudi menumpangkan aku dan menyediakan makanan yang sedap sepanjang aku berada di sana.
p/s: kepada sahabat2 yg yang nak gambar PUISI yang aku tangkap, sila YM aku. Kalau korang nak share korang nyer sound la aku ye.
