Archive for the ‘Uncategorized’ Category
spiritually low
Friday, August 8th, 2008I had a dinner with old friends in KL just now. I kind of agree with the issue brought forward by my friends that in Malaysia, we feel spiritually lower compared to while being in the UK. We we wondering why is it so? I try to reflect upon myself and realised that many things that I used to do in the UK previously is not continued or done less frequently. May Allah help me regain my spiritual strength.
true malaysia
Friday, August 8th, 2008while riding a car in KL with my friends, we had a joke about being true Malaysian.
A true Malaysian must be racist. They have no sense political of correctness in daily conversation and always relate people according to their race. Despite that, they always associate certain values or attributes to each race.
Well, may it is wrong, but I found it is quite apparent especially among the Malays within my sphere of life.
nikmat dan ujian
Saturday, August 2nd, 2008Bila balik ni macam-macam nikmat dapat. Jalan-jalan, jumpa saudara-mara, mandi laut, mandi sungai dan banyak lagi benda-benda yang lama tak dapat dan tak ada di UK. Kadang-kadang terasa risau pula, apa makna semua ini, takut-takut ada sesuatu menanti di hujungnya. Maklumlah nikmat yang diberikan bukan sia-sia. Pasti ada maknanya. Semoga ianya berakhir dengan kebaikan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Saturday, August 2nd, 2008Semakin lama aku kembali ke tanah air, semakin banyak aku jumpa bukti benarnya kata-kata pepatah yag dipelajari ketika sekolah rendah dulu. ye la, di sinilah tanah tumpahnya darahku. Adik-beradik dan ahli keluarga semuanya di sini. Kalau makanan, sini lagi sedap. Mudah cari yang halal dan berkualiti. Banyak jeis pula tu. Kat sana makan chiken and chips je la memanjang. Tak sihat betul. Surau dan masjid banyak, mudah solat. Tadi semasa duduk-duduk menunggu adikku membeli air kelapa, baru perasan kat sini ujian mata kurang sikit la, alhamdulillah, muslimat yang menutup aurat lebih ramai. Tenang sikit rasanya. Mungkin tu la berkatnya duduk kat negara yang Islamnya bagus, mungkin orang lain akan kata tak betul sangat. Alhamdulillah, syukur duduk kat Malaysia.
google search
Tuesday, July 29th, 2008terasa pelik kenapa ada orang nak cari siapa housemate aku. Hmm….
| 26 Jul | 01:09:18 PM | www.google.com.my | abn azlan housemate |
Aku rindukan surau yang penuh
Thursday, July 24th, 2008Sewaktu makan sambil mendengar pakcik-pakcik bersembang dekat surau sementara dekat umah ni, tiba-tiba aku terasa semacam kehilangan sesuatu. Apa dia? Oh, kemeriahan suasana di masjid selepas majlis baca Yasin kat surau. Itu dia. Tadi hanya beberapa kerat saja yang hadir, kanak-kanak ada dua orang saja. Belia pula tak ada. Sunyi sungguh aku. Tak ade teman. Kalau macam ni tiap-tiap minggu, lagi best MSD London.
Teringat aku ketika kecil-kecil dulu, pasti ramai akan datang ke surau. Tak kira mak bapak, mahu pun anak-anak. Biasanya anak-anak datang dengan basikal dengan geng-geng masing-masing. Sementara orang sembahyang ade la beberapa orang kanak-kanak duduk berlari-lari buat bising kat belakang. Lepas solat saja kanak-kanak yang solat akan terus meluru ke luar untuk bermain-main bersama-sama sambil ketawa riang. Ada pula sorang dua pakcik dan abang menyusun talam dan cawan bersiap-seiap untuk menghidang makanan dan minuman selepas majlis baca Yasin nanti. Setelah selesai, budak-budak yang keletihan tak larat mengikut bacaan Yasin yang sangat panjang pula tak sabar-sabar nak makan. Bila time makan, semua makan dengan lahapnya. Pak cik- pakcik pula suruh kitorang tambah makan banyak-banyak, nak membesar katanya. Bila habis, kami akan di panggil tolong basuh talam dan buang sampah.
Alangkah gembiranya masa itu. Kini sudah tiada lagi. Ke mana hilangnya suasana yang indah dan menggembirakan itu? Adakah kerana aku tinggal di bandar. Suasana yang aku ceritakan tadi adalah pengalaman aku sewaktu aku tinggal di Seberang Perai. Kini sebuah bandar baru di Selangor. Apakah ia faktor tempat atau masa? Tapi kalau tempat, tak juga, sebab kat belakang tu ade kampung Meranti, masjid dia pun kosong juga. Jika masa, apakah yang berlaku teradap masyarakat kita? Sudah tak minat dengan majlis di surau kah? Tak der lagi ukhwah? Sibuk dengan kerja? Atau dunia lebih penting? Mana hilang orang semua?
Entahlah… Pening pak imam tadi memikirkan macam mana nak menarik minat orang ramai ke surau. Kalau aku jadi dia pun tak tahu macam mana nak buat. Kalau zaman student dulu senang la, kasi jer makanan free, semua datang serbu macam semut jumpa gula. Masyarakatku, hampirkanlah dirimu dengan masjid. Moga-moga kita beroleh keberkatan.
Analisis AWANI: Pengangkutan awam Malaysia
Thursday, July 24th, 2008Sungguh teruja aku ketika menonton rancangan Analisis AWANI episod kali ni kerana topiknya adalah pengangkutan awam di Malaysia. Banyak input yang aku dapat. Seronok sekali kenara dapat menambaj kefahaman tentang situasi sistem pengagkutan di Malaysia. Ingin aku kongsikan bersama buat siapa yang tidak berpeluang mengikutinya.
Antara punca masalah sistem pengangkutan di Malaysia adalah:
- Tiada polisi yang jelas tentang sistem pengangkutan. Polisi masih lagi berterabur. Kate salah seorang tetamu program itu mengatakan sekarang ni tak ada lagi master plan. Masih lagi dalam perbincangan, mungkin akhir tahun ni baru siap.
- Tiada badan berkuasa yang khusus (contohnya di London ada Transport of London) yang bertanggungjawab dalam menguruskan dan menyelaraskan hal-hal pengangkutan. Sekarang nak mintak lesen orang lain, urus tanah orang lain dan macam-macam lagi orang lain buat. Antara yang terlibat (PBT, LPKP, JPJ). Susah.
- No will. Political will dan comsumers will.
- Masalah mentaliti. Anggap pengangkutan awam ini hanya untuk orang miskin. Orang yang pakai blazer tak de class naik bas. Pengangkutan awam tak bawak keuntungan kepada negara. Tapi sebenarnya sangat penting, Hong Kong rugi berjuta juta dolar kerana masalah pengangkutan. Mobiliti sangat penting dalam menjana ekonomi terutama bagi bandar besar dan padat.
- Maklumat tidak cukup. Peta tak cukup. Orang tak tahu bila bas sampai. Kalau di bandar maju, ada paparan yang menunjukkan masa berapa minit lagi bas akan sampai, mudah untuk orang mengagak.
- Tahap integrasi antara pelbagai jenis pengankutan sangat lemah.
- Prasarana tetap tidak ada. Laluan khas untuk bas, bus stop, bus interchange dsb tidak disediakan. Laluan khas penting bagi memastikan kelancaran bas, selalu on time, tak terkesan dek kesesakan lalu lintas.
Persoalan yang masih belum terjawab,
- Di Malaysia, kemudahan pengangkutan hanya akan disediakan setelah ada orang berapa cepat kemudahan pengangkutan awam dapat catch up dengan growth bandar-bandar baru di sekitar lembah kelang.
- Kenapa tak ambil kira suara pengguna, NGO, ahli akdemik dan pakar-pakar dalam merangkan polisi? Bila nak buat?
- Bila semua orang akan pakai, berapa ramai yang dijangkakan akan pakai? Ribu? Juta? Seingat aku kat London, sehari mau sejuta dua atau lebih orang pakai. Sebab tu bila driver tube mogok, hampir lumpuh bandarnya.
- Bila agaknya malaysia akan ada fully integrated system?
- Negeri lain ambil pengajaran dari masalah yang sudah di hadapi KL ke tak?
- Bagaimakah caranya untuk mengajak eksekutif untuk menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja dan bergerak ke tempat appointment dengan menggunakan pengangkutan awam?
Itu sahaja buat masa ini. Sekian.
Kecilnya laut negaraku
Wednesday, July 23rd, 2008Apabila melihat peta sempadan laut malaysia dalam buku sejarah Petronas, aku amat terkejut sekali apabila mengetahui rupa-rupanya Laut China Selatan itu bukan semua milik kita. Laut di tengah-tengahnya itu sebenarnya dimiliki oleh indonesia. Aku sangat-sangat terkejut kerana selama ini aku ingat ia milik kita, sebab masa PMR dulu dalam geografi tak pun diajar pasal sempadan laut nih. Bila tunjuk peta Malaysia, Laut China Selatan mesti ada sekali. Kecil sungguh perairan kita rupanya.
ini gambar yang aku jumpa
http://www.globalsecurity.org/military/world/war/images/schinasea.gif
http://www.marcon.com/library/country_briefs/SouthChina_Sea/Ownership_Claims-Middlebury.gif
Leganya hatiku
Wednesday, July 23rd, 2008Alhamdulillah. Keputusan degree aku keluar juga akhirnya. Walaupun tak sehebat mana tapi ok la, as expected. Thank you Allah. Fuh lega.